Sudah berpindah blog.

Dengan duka citanya dan separa gembira. Saya telah berpindah di blog lain iaitu alibasyir.wordpress.com. Moga-moga saya terus menulis lagi dan lagi dalam alam maya ini. 

Dan blog ini, saya tidak akan delete. Moga semua ini jadi kenangan buat saya. Sekian

Belajar ilmu di negeri Pakistan.

Salam perantauan semua pembaca-pembaca yang ada membaca entri ini di luar sana. Apa khabar ? Ali di sini "khabi kusyi khabi ngam" (kadangkala gembira kadangkala sedih) hahaha. Rindu makanan,suasana Malaysia, budu dan petai.

Maaf sebab lama tak menulis dalam blog ni. Mungkin sebab kesibukan dalam belajar kut. Dan dengan usaha gigih kesibukan belajar tulah, Ali dapat belajar sampai ke luar negara. Dan maaf sebab tak maklumkan dekat korang yang Ali sekarang belajar di luar negara, Pakistan.

"Fuh, gila tak percayalah yang kaki aku dah pijak tanah Pakistan". Ayat inilah selalu dimainkan dalam mulut bila termenung,terfikir sesorang dan dengan kawan-kawan. Dan kawan pun "Ye Li, kau sekarang kat Pakistan, tak payahlah cakap macam tu banyak kali,kau bukan kat Paris pun." Hahaha

Jadi, Ali disini belajar ilmu agama mungkin dalam 8,9 tahun. Dan kelas dia macam biasa. Ada beberapa pelajaran, macam nahu, sorof, feqah dan sebangainya sampailah boleh tafsir hadis dan al-quran. Dan Ali tengok, belajar ilmu agama, sesuatu yang best tau ! Pada mulanya, Ali tak suka belajar agama. Dipendekkan cerita, Ali dihantar ke madrasa untuk 2 bulan cuti sekolah.

Dengan suasana yang tenang di madrasa, Ali jatuh hati dengan madrasa. Tambah pula, bila ditanya pada pelajar madrasah, "berapa juz sudah dihafal?" Ada yang kata 5,10,20 juzuk. Jadi, keghairahan tu wujud dalam hati. Maka, bermula hidup baru (sebelum ni, asas pun tak ada).

Dengan usaha gemilang seliparku gelang ke Pakistan ke kitalah kita...

Psssst: kalau Ali ada masa terluang. Insya allah, akan dituliskan post dengan ikhlas hati. :)

Setahun tak menulis dalam blog ni.

Selamat pagi ! lama betul Ali tak menulis dalam blog ni. Oh ye, Hai semua yang baca entri ini. Memang Ali tidak ada keberatan untuk menulis entri baru sebab Ali sekarang sedang mengaji di madrasah, menghafal quran. Jadi, Ali minta sangat doakan Ali supaya dipermudahkan. Amin.

Jadi, apa dah jadi dengan blog ini ? dan, apa akan jadi dengan blog ni ? hahhh ! jeng jeng. hahahha

Blog ni dah bersawang wei. Orang dah tak kenal dah blog ni, yang dulunya power gak lah. Jadi, Ali sekarang mahu buat blog ni jadi blog personal. Suka hati Ali lah nak buat apa. Nak letak bom ke, ape ke. Dan Ali mahu cat blog ni jadi baru. :D


 
Design By AliBasyir