Kesilapan kita sendiri menyebabkan mood blogging down.

Perkara macam ini banyak berlaku dan Ali percaya semua orang pernah merasai mood ini. Tidak terkecuali juga dengan Ali. Ali memang tak suka betul bila mood down macam hidup kurang enak tanpa berblogging. Banyak sebab yang menyebabkan mood kita down. Entri ini ditulis kerana Ali mood down ketika berblogging. Jadi, Ali disini nak panaskan topik ini. Memandangkan mood Ali down, Ali dah tahu dah penyebabnya...

Ali perhatikan diri Ali sendiri, selalunya mood Ali down apabila visitor kurang, komen tak banyak, ranking alexa menurun dan macam lagi. Dulu, bukan main happening lagi sebab blog ni terus naik ke ranking alexa dalam 3,000 lebih. Jadi, masa tu mood tu ghairah dengan menulis entri dengan happening gila.

Jadi, Ali dah kaji sampai berdarah hidung. Asal mood down ? atau erti kata lain, asal tak ada mood nak menulis entri ? Bila di kaji bagai doktor pakar mata. haha. Rupanya hanya satu saja kesilapan Ali. Kesilapan inilah yang membuatkan mood Ali down. Ali yakin semua orang juga melakukan kesilapan ini. Iaitu "NIAT".

Apa niat kita berblogging?
1. Kalau niat nak duit, kompem mood down kalau tak dapat duit...
2. Kalau niat nak trafik, Kompem mood down bila trafik macam ciput
3. Kalau niat nak famous, kompem mood down bila orang maki hamun pula..

hi you all ! i'm famous... 

The conclusion is...
Niat kitalah yang menyebabkan kita down. Jadi, itulah yang Ali perhatikan blogger malaysia kita ni. Niat masing-masing nak duduk dalam top 10 blogger. Pastu kalau jatuh buat super saiya level 20 tak tentu pasal.

The solution is...
Kita yang patut buat sekarang ialah berblogging kerana korang minat sesuatu dan ingin kongsi dengan orang ramai. Jangan nak mengharapkan apa-apa, rezeki kita datang dengan sendirinya. Cakap tentang rezeki, rezeki ni misteri. Kadang-kadang dapat, kadangkala tak dapat dan kadangkala dapat rezeki macam gunung everest. Jadi, Ali tak nak sebut pasal rezeki. Itu semua kerja tuhan.

Have fun blogging :) diminta untuk memberi komen atau sedikit tokok tambah tips ini.






1 comments:

 
Design By AliBasyir