Budak kembar femes di youtube.

2 anak kembar yang namanya Jeremy dan Justin yang mamang femes dalam youtube dengan video yang menarik ketika sedang menari dengan Nintendo Wii. Memang cute habis ! Jom tengok kelincahan dorang yang asyik berjoget. Kalau ade kat rumah budak kembar ni. Habislah, Ali pon join sekali, tak belajar langsung. haha


Psst: Maaflah sebab Ali tak post enri baru sekarang ni, Ali ada exam hari sabtu ni. Jadi, yang ni saja yang Ali boleh postkan. 


Ni ade lagi satu video untuk korang tengok. Video yang bawah ni tidak kalah hebatnya.Kalau korang nak tau, yang diorang pengang tu, macam joystick game. takkan tak kenal joystick ? dia macam rendang jugalah. -.- haha.








Perancangan Ali lepas ini...

Ape perancangan korang untuk blog korang ? seriusli, ape ? Ali dulu tak tahu langsung nak buat apa dengan blog ni. Blog yang kosong putih dari templete minima macam kertas A4 tu. Tapi bila dah mula menulis entri ikut gerak hati baru nampak macam nampak buku masa jawab periksa. haha.

Psst: Blog ini memang asal minima macam kertas A4 dan suka hati Ali lah nak buat apa dengan ini blog. Ali nak buat kapal terbang ke ataupun lukis gambar mona lisa untuk korang tengok sepuas hati. Do you know what i mean ?

Ali mahu buat blog ni suka hati Ali je. Suka hati Ali bukanlah maksud bebas tapi suka hati Alilah. -.- paham tak ? Tak paham ? Sila baca entri ini sebanyak 33 kali. Terima kasih. :)

Dah baca ? Ali nak buat apa saja, yang boleh buatkan korang terbaca diblog Ali. Blog ni bukanlah nak menulis bebas. Nanti Ali tulis pasal politik tak pasal-pasal kena maki hamun. Ali sebenarnya nak belajar menulis dengan betul sampai boleh buat cerpen ataupun novel dan manalah tahu, kalau ada rezeki dapat buat buku ke ? kita mana tahu.

Kalau tulis novel, nak tulis semua cerita bertema. Romantik hingga ke misteri. haha. Berangan jap. haha

Satu lagi, Ali minat kamera. Kalau ade masa, korang ditanyangkan gambar yang ditangkap oleh Ali sendiri. Jangan pandang rendah dengan budak 15 tahun ni tau ! Tak lupa juga kalau tips bisnes sebab my ambition to be bisnessman !

The moral is...
Korang buat saja apa korang nak, asalkan korang tahu entri korang ade 'emas'. Emas disini bermaksud orang akan baca lagi dan lagi. Macam kongsikan ilmu korang.







Contest Blog Paling cantik dari Fyzalife.

Hari ini, Ali demam dan tak dapat datang sekolah. Kepala macam ada batu, tekak macam ada susu pekat F&N yang basi punya. Tapi,bila laptop depan mata saja. Dengan ajaibnya kesakitan itu hilang. Serius !

kalau nak sihat, Ali kena hentuk sikit kepala kasi sihat sebab esok nak sekolah. hahaah XD Dalam kamus hidup Ali, mana ada ponteng sekolah punya. Serius tak tipu.

Ali sudah masuk contest blog paling cantik dari Fyalife. Saja mahu cuba nasib dengan blog ini. Jadi, Ali nak semua pembaca di blog ini supaya masuk sekali dalam contest ini !!! Syaratnya kacang saja.


1. Follow blog Fyza (WAJIB) FYZALIFE
2. Like page PRINCESS FYZA
3. Sertakan link contest blog anda di ruangan komen sahaja
4. tarikh tutup 29.2.2012
5. Membuat satu entry di blog anda tentang contest di blog fyza
- simple2 saja asalkan ada tentang entri contest blog fyza kat entry korang .. juz cukup kan syarat je :))SENANGKAN :) jangan lupe sertakan link blog fyza ok :) ini link blog fyza : CONTEST BLOG CANTIK :)

tuan empunya contest akan menilai blog dari segi kekemasan dan mengikut tema. Blog harus ringkas, cantik dan menarik ! Jikalau korang dapat ikut kesemuanya, korang akan dapat hadiah yang ohsem dari beliau ! Terima kasih kepada pihak sponser iaitu Princess FyzaNur EzzatitehaaNFMAFFECTIONtaleMy Online DiaryKHAIRUNNISAepyfiqah dan TALKDRAMALOVE







Pemenang 'Grand Prize' akan mendapat:
1 X Baju BLOUSE
1X CASH RM50
1 X HandBag Esklusif bernilai RM25
2 X Shawl dari Sponsor Shawl
3x headear percuma & edit (ikot name blog)
(Jikalau pemenang itu lelaki shawl ini akan di tukar kepada PERFUME DASHING )


2nd PRIZE pula :
1 X CASH RM30
1 X set earring 
1 X t-shirt ladies
2x header percuma & edit (ikot name blog)


3rd PRIZE hadiahnya ialah :
1 X top up rm 10
1 X Vintage Purse 
1 X key chain from pulau pangkor :) 
1x header percuma & edit(ikot nama blog)


CONSOLATION PRIZES (5 winner) 2x TOP UP RM5
2xHEADER SIMPLE 
1x FULL DENIM TEMPLATE
2x WATERMARK
3x headear percuma & edit (ikot name blog)

PS : hadiah bukannya tujuan utama. Tapi bonas bagi Ali. Yang penting blog ni kenali ramai orang. 

Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang. (Part 2)

Ini adalah sambungan entri daripada 'Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang (part 1)'. Maaflah, Ali tak sempat nak menulis secara seluruh sebab tiada masa nak menulis. Jadi, Ali harap korang maafkan Ali ya ? :)

9. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin panas lebih berkesan masa kereta bergerak. Panaskan enjin lebih dari 30 saat dapat membazir minyak malah dapat merosakkan enjin.

10. Jangan menunggu dengan enjin masih hidup
Tunggu dengan enjin yang hidup boleh membazir minyak !


11. Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Untuk turun bukit atau jalan rata, sila guna gear 3 atau 4. Jika memandu secara automatik, lajukan kereta korang ke gear 5.


12. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin.
Kalau kereta biasa, 80% daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. kalau nak naik ke 90% pakailah high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.
Berhati-hati di jalan raya. 

13. Tinted cermin kereta korang.
Lagi kurang cahaya masuk, lagi bagus. sebab ia berkaitan dengan penggunaan air-cond dan emosi korang.

14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N
Sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

15. Pasang intercooler pada enjin anda .
Bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak.

16. Spark plug perlu dlm keadaan baik.
Yang ni pun kene ajarkan ke ? -.-




Awesome Prank di Karaoke Indonesia.

Karaoke memang best. Lagi-lagi bila dengar suara kawan yang tak sedap. Pergh ! memang syok habis. Kalau boleh nak sumbat je dengan maikofon tu kat kawan. -.- haha. Prank ini berlaku di Indonesia. Harap sangat prank ni buat kat Malaysia. I know Malaysian are very social. Jom tengok orang ape riaksi diorang jumpa hantu.



Memang kesianlah minah tu, menangis. haha.





Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang. (Part 1)

Minyak memang takkan turun harga selama-lamanya. Tunggulah sampai bila. Takkan dapat korang dapat murah kecuali korang beli minyak rambut baby johson. -.- 16 Cara korang boleh amalkan untuk jimat cermat. I think, Malaysia kena amalkan hidup berbasikallah sebab Malaysia tahap obes 2 dari 5 orang. Tengok ahli politik pon ramai orang obes2.

1. Isi minyak dihari waktu sejuk.
Pasal apa ? sebab waktu sejuk dapat mengurangkan gas dalam minyak. Kandungan gas memang banyak dalam waktu siang yang panas. 1 liter diisi akan rugi sebab haba petrol bercampur denan lebihan gas dalam minyak.

2. Isi minyak sampai tangki penuh.
Minyak akan beruap. kalau banyak diisi, banyaklah minyak meruap. Minyak yang meruap tak dapat dibakar oleh enjin. Jadi, kalau nak lagi jimat. Korang janganlah tunggu minyak kosong baru nak isi. Semakin banyak ruang kosong makin banyak petrol meruap, maka minyak cepat habis, duit melayang.

3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Bawa kereta jangan terlalu laju dan tidaklah pelahan. 70 - 90 KM adalah bersesuaian. Makin laju kereta korang bawa, makin banyak minyak korang gunakan. Kalau korang bawa pelahan pulak, minyak akan banyak guna sebab beban kereta.

4. Servis kereta korang.
Enjin yang dirawat akan berfungsi dengan baik dan elok. Korang juga perlu gunakan rawatan petrol untuk mencuci injap minyak supaya tak tersumbat. Penapis minyak kena periksa juga ! tukar dalam 40 000 km sekali.

Servis biar sampai macam ni. Siap tukar tayar lagi !


5. Seminggu sekali periksa tayar.
kalau tayar yang baik, cekaman yang sesuai dalam jarak jauh, minyak pon jimat !

6. Pandu kereta untuk perjalanan jauh sahaja.
Kalau jalanan yang pendek, baik korang guna basikal kalau jalan gelap atau sunyi, dinasihatkan bawa kereta sajalah. Nyawa lagi penting dari duit minyak !

7. kurangkan penghawa digin korang
Bila nak hantar anak pagi2 tu, tak perlulah buka aircone tu. Ali pun sejuk juga ! buka tingkap pon dan sejuk.

8. Kurangkan berat kereta. -.-
Kereta korang obes, jadi keluarkan barang yang tak perlu ada dalam kereta. Contoh macam peti ais, tv plasma 14 inci, tong gas dan lain-lain. Pandai koranglah nak tau barang tu tak perlu dalam kereta atau tak..

sambung ke part 2.



Ali masih tak puas hati dengan movie Malaysia.

Hi Semua.. entri ini dari isi hati Ali nak kongsi pendapat tentang Movie di Malaysia ni. Sekarang dah mula nampak dah dia punya 'GAH' movie melayu. Walaupun dah hebat, tapi Ali tetap suka tengok cerita Inggeris atau Cina daripada Malaysia. Kecuali movie Malaysia yang tertentu yang Ali tengok..

Bila nak beli tiket wayang, Ali mesti pilih cerita Inggeris daripada cerita Melayu, takut rugi tak tentu pasal walaupun tak adalah mahal sangat, 10 ringgit je. Tapi, dengan 10 ringgit tulah Ali membeli 'bosan' sepanjang cerita tu. Serius, Ali pernah tengok 1 cerita seram Malaysia dengan takde riaksi takut langsung. Tak tipu ! Fobia dah taku jadi eksiden macam tu.


Pasal apa ? 
Cerita tu low bajet. Tak nampak real langsung pon. Lainlah cerita Inggeris yang berjuta-juta dolar dorang buat. Cuba tengok cerita 'Final Destination 5' memang nampak seram gila, jambatan runtuhlah apalah dan sebagainya. Sekarang, cerita pasal polis2 pun tak best. Tak setaraf Hawai five-0 dan CSI:Miami.

Ali tahu masalah movie negara kita ni. Marketing kecil je di Malaysia ni. Pasal marketing tu, Ali malas nak tulis. Lari tajuk pula, tak pasal-pasal Ali tulis pasal bisness. -.-

Seafood buatan orang Malaysia, terhangat di Korea, Poland dan Rusia. Tak caya klik sini

Ali tabiklah cerita animasi yang bahasa inggeris tu. Malaysia buat dah macam Ali tak kenal itu air tangan orang sini dah. Terkejut pun dah ada. Nafsu membuak-buak nak tengok cerita ni. Tapi, banyak pulak cerita humor yang best. Dan memang cerita humor dan santai selalu orang Malaysia pilih. Tapi, Ali nak tengok cerita aksi setaraf Hollywood. Come on Pengarah ! aku nak cerita best !

Cerita melayu tak adalah semua yang Ali tak tengok. KL Gengster, Ombak Rindu, Hantu Bonceng layan... Mana boleh tak layan. Adalah segelintir yang tak bestnya..

Melayu malas membaca ? macam mana nak tulis entri dengan orang malas membaca ?

Bila kita duduk di LRT, terlampau sedikit kita tengok orang Malaysia membaca. Tak tahulah kalau di rumah korang. Ali selalu membaca sebelum tidur. Antara buku yang Ali baca Impiana sekarang ni. Tabiat membaca memang tiada dalam orang Malaysia.

Bila exam je, dikaitkan dengan buku tapi itu hanya buku teks, Ali tanya pasal buku bacaan seperti novel dan motivasi. Jadi, Ali mahu cakap, Melayu malas membaca. Selalunya lelakilah yang tak membacanya. hehe. Tak tahulah kaum perempuan macam mana.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni ? senang saja ! letak gambar yang menarik hati ! Serta HD dan 'Awesome' ! Korang mampu merayu kepada pembaca yang malas membaca untuk membaca blog korang. (banyak betul kata 'baca' tak pening ke?)

WHY ? sebab fitrah manusia memang macam tu. Kalau korang di bagi kan dua kertas. kertas 1 dilukiskan dari budak tadika dan 1 lagi, dilukis gambar cantik dengan citarasa yang tinggi. Mana korang pilih ? Mesti korang pilih kertas nombor 2 kan ?

Ps: Entri ni korang baca habis tak ??



What means Hijab ? Muslimah should know much more...

Salam. I want to asking to all muslimah. What is Hijab ? Tudung. Yup ! almost correct ! What exactly means tudung ? To cover your aurat. What is your aurat ? Semua anggota kecuali muka dan tapak tangan.

Ada video yang Ali nak kongsikan. Video sedap sahaja mendengar. Sedap je buat bini nanti. hehe. And her speak very well walaupun tersasul sikit tapi takpe, sebab kecantikan dia, tak nampak dia punya kesalahan :P

Dia comellahh ! -.-

Bila kita tengok dunia sekarang. bermacam-macam style tudung sekarang. Cari saja di Google. Ada style Hana Tajima, Yuna dan lain-lain. Tak salah berfesyen. Nabi tak halang pon berfesyen. Tapi, nabi bagi 4 syarat pakai tundung.  Ada ramai juga yang tersasar dari segi ayat hijab tersebut. Hijab is everything ! cara jalan, cara gelak, cara bercakap. Setakat pakai tudung tapi keliling dengan lelaki bukan muhrim itu dah tak kena dah.

Tapi lebih digalakkan berjumpa dengan Ulamak bukannya orang tiada ilmu agama. Ada orang heboh pasal tudung menyerupai rahib kristian. Yang bertudung macam tu boleh di tukarkan jadi lebih baik. Tapi, tak ada orang yang bising orang islam yang tak bertudung. Why ? Ali rasa ramai orang Islam tak bertudung. Asal tak bising ? Punyalah mengeliat nak bertudung. 

P.S: Wajib tutup aurat. Tapi dengan tertibnya. 


Orang biasa meniru gaya model. Memang hodoh..

Kalau korang tengok majalah2 fesyen atau apa saja ada dirumah. Memang nampak cantik yang diposekan dari model tu. Tapi, kalau dunia sebenar, 'orang biasa' buat ? Face to Face ? Geli siot ! Memang orang pandang serong punya. Asal Ali cakap serong ? kalau orang poses baring. Dia pon poses baring. Orang macam dah fikir dia mati je. haha. Jom kita tengok macam mana rupa 'orang biasa' buat. Seniman asal Madrid, Yolanda Dominguez yang jadi model tersebut.
 







Facebook komen untuk blogger.

Selalu kalau kita buat komen facebook di blog, korang mesti kena buat setiap entrikan ? sekarang tak payah ! korang buat sekali je dengan letakkan kod-kod yang panjang berjela tu dan siap ! Setiap entri post diterbitkan terus ada komen facebook. Tak payah susahkan diri korang dah.

Korang juga boleh buat 'moderation' . Bahasa senang fahamnya, bila orang komen dalam 1 entri, dia takkan terus tunjuk. Dia akan suruh korang baca dahulu dan approvekan kalau nak.


1. Sorokkan komen Blogspot korang. 
Mesti sorokkan komen blog korang untuk cantik. Tapi rasanya boleh kalau korang buat kedua-dua komen(FB&Blog) dalam 1 entri. Tapi Ali tak pernah mencuba.

Klik pada Settings > Posts > Comments dan setkan kepada 'hide'.


2. Buat Aplikasi Facebook korang. 
Yang ni memang wajib buat. Kalau tak buat, alamatnya komen korang keluar habuk je. Jangan risau pasal nak bubuh nama apa. Dia tak tunjuk pun.

klik sini dan klik pada 'Create New App button'


Tulis nama aplikasi korang.


Lepas dah selesai, korang akan dapat macam di bawah.
Ikut macam ni :
App ID kena copy dahulu.
App domain : blospot.com
Website        : URL blog korang.

Terus save !





3. Tambah kod Meta Tags.
Dinasihatkan harus bersabar dan bersabar dengan kod ni sebab mesti ada tanda merah bila salah letak. Korang perlu dowloand backup dulu, takut menangis macam opera cina nanti.

Modify kod ini.

<meta content='YOUR_FACEBOOK_APPLICATION_ID' property='fb:app_id'/>

letak kod tu di bawah <head>
tak tahu nak cari ? tekan ctrl+f dan taip <head>

kalau dah puas, klik save laju-laju.

4. Kod FB komen. 
Pergi Template/Design > Edit HTML dan klik "Expand Widget Templates". Cari kod ni. Tak tahu nak cari ? tekan ctrl+f keyboard. takkan nak ajar lagi ? 

<div class='post-footer-line post-footer-line-3'>
Kalau tak dapat cari, cari ni pula :

<p class='post-footer-line post-footer-line-3'>
Tak jumpa juga ? cari ni pula.

<data:post.body/>
letak kod ni dekat kod yang korang cari tadi.
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'> <div id="fb-root"></div> <script>(function(d){ var js, id = 'facebook-jssdk'; if (d.getElementById(id)) {return;} js = d.createElement('script'); js.id = id; js.async = true; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; d.getElementsByTagName('head')[0].appendChild(js); }(document));</script> <fb:comments width='450' colorscheme='light' expr:title='data:post.title' expr:href='data:post.canonicalUrl' expr:xid='data:post.id'/> </b:if>

korang boleh tukar lebar 450 tu dengan lebar yang korang nak. Kalau korang nak FB komen versi hitam legam, korang boleh tukar 'light' kepada 'dark'. Pasti gelap gelita.

5.Akhir sekali. 
Korang kena letak FB namespace dia. Dia ibarat lesen atau road tax. haha.

Cari <html

dan pastekan kod ni selepas kod tadi tu.

xmlns:fb="https://www.facebook.com/2008/fbml"
Save templete ! siap ! 

Korang boleh setting facebook korang di entri-entri korang. Mesti ada button setting kecuali korang tak sign in.

Alex Tracks : dapat 150 dolar setiap hari dengan jual gula-gula

Entri sebelumnya Ali cakap pasal Raja Guli, di New York, Alex diangkat sebagai Raja Gula-gula !

Siapa sangka jual gula-gula boeh dapat 150 dolar setiap hari ? Pernah tak terfikir nak jual gula-gula saja ? Alex 'Tracks' Mcfarland, berasal dari New York dan hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari !

Cuba banyangkan buat kat LRT Malaysia ni. Mesti kena halau punya ! ali tabiklah budak ni. 150 dolar sehari, kalau sebulan dah dapat kira-kira 4 ribu dolar. Alex dapat menghasilkan duit sebanyak 55,000 dolar setahun !

Dia sudah mulakan bisnes dia sejak umur 11 tahun. Sebab dia lakukan bisnes dia kerana hendak mendapat duit sendiri tanpa bergatung kepada orang lain.

"Dengan menjual gula-gula, Aku dapat mengurus keluarga"katanya sambil senyum.

Memang Ali tabiklah budak ni. Rasa macam nak jual gula-gula je kat sekolah. Tapi mesti Ali yang makan. Haha. Jual sikit je, makan banyak. -.- usaha tangga kejayaan.



Harli Jordean : Raja guli dan CEO termuda berjaya.

Umur berapa korang mahu jadi bisnes yang berjaya ? 20 tahun ? 30 tahun ? 60 tahun ? budak kecil ni berjaya pada 8 tahun. Terus terang dia berjaya. Ali pon cemburu tengok dia. kawan sebaya sedang asyik mengadap komputer, Harli sedang sibuk membeli saham dan pesanan dari pelanggannya.


Di lahirkan di London,UK. Dia menjual guli secara kecil-kecilan dengan menjual kepada kawan-kawan, sampaikan satu waktu, orang tua pun membeli guli dari dia. Disebabkan dia memang obses dengan guli. Terlampau mengumpul guli, dia diangkat sebangai Marble King of Britain Jadi mak dia pon buat satu website guli untuk dia bersama abang dia yang lebih tua. Jadi website dia http://marbleking.co.uk dan berjaya dalam 2 tahun ! Cemburu wei !!!
Dia mula nak membeli guli di internet. Tapi payah nak dapat di jualan online. Jadi dia pon memberi tahu kepada mak dia untuk menjual dan berjaya. Dia telah menjual diluar negara seperti Brazil, Mexico, Tawain, Poland, Greece, Itali, Perancis dan banyak tempat lagi !! Ramai juga orang suka main guli ni kan ?

"Saya suka ada syarikat sendiri dan jadi bos..." kata Harli.

sumber: http://harlijordean.com/http://marbleking.co.uk/



1 entri bernilai berjuta dollar !!!

Tengok entri macam dah ghairah mahu baca kan ? Memang tulah lumrah manusia, sesuatu yang dia buat mesti dia nak menunjuk dan membuahkan hasil pada diri. Bukan buat diari, suruh orang baca, tu cari nahas tu ! Nak tulis entri mesti orang nak baca kan ?


Entri yang Ali maksudkan ialah entri tentang tutorial dan tips. kenapa tutorial dan tips ? sebabnya kalau korang buat toturial dan tips, secara tidak langsung korang akan menyumbangkan ilmu korang dekat blogger yang lain. serius, Ali masa nak buat blog ni, Ali cari toturial macam mana nak hide navbar.

Korang juga akan guna balik untuk kegunaan sendiri kan ? jangan nak tipulah, manusia tak boleh
nak ingat kod2 tu semua. 


 
Design By AliBasyir