Get Inspired at The DiGi WWWOW Awards

Mahu tiket percuma untuk Event DiGI WWWOW Awards 2012 ? sila baca sampai habis. :)

Sesi Undian untuk DiGi WWWOW Awards sudah selesai. Dan sekarang tiba masa untuk juri yang mengadili semua kategori dan akan memilih TOP 10. Ali mengucap taniah kepada peserta yang dapat TOP 10. Anda memang WWWOW sangat. Congratulations !


DiGi WWWOW Awards 2011
Ali dapat masuk top 6 dalam DiGi WWWOW Awards Under 15. Pemenangnya ialah Hisyam Wazir. Walaupun Ali tak menjadi juara Under 15 tak bermakna Ali tidak ohsem. Ali kena berusaha lagi dan lagi. Itulah pengalaman yang paling berharga sekali.

Perancangan Ali Untuk Cuti Sekolah ni...

Untuk cuti 2 minggu ini, Ali menghabiskan masa dengan ulang kaji mata pelajaran form 1 sampai form 3 dan membaca 3 buku novel bertemakan thriller, bukan novel cinta ok ! Geli kut. -.- Buku yang Ali baca dalam cuti ini ialah Impiana IIImpiana Misteri Terbongkar dan Detik Debar.

Impiana
Anda patut baca buku Impiana ini sebab Ali memang Highly recommend ! Impiana karya Ain Maisarah, ia mengisahkan sebuah Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian dalam masa 3 bulan !

Mahu menjadi kaya,cantik, kurus, putih dan segala impian yang impikan mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Cara mendaftar senang je, pastikan ada RM7000 dan semuanya di hujung jari.

3 bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu…

Perubahan Diteruskan Pada Blog Ini ! Ohsemkan Lagi Dan Lagi !!!

Melayan lagu Pumped Up Kicks dari Foster The People sambil mengeleng kepala gaya ragae. Ke kiri dan ke kanan. That's my only favorite song while blogging. Tertimbul idea untuk design balik blog ini. Tambah pula. Ali mahu buat blog ini WWWOW lagi ohsem di mata juri.

Selain dari design, Ali mahu buat satu lagi niche iaitu Exam paper yang boleh di dowloand. Untuk budak-budak berumur 18 tahun kebawah 'melepak' di blog ini. Tak salah mencuba benda baru. Berguna kut, Ali pun boleh dowloand kalau mahu....

Aiz Dari Aiz Batu Campur Telah Kembali ! Kali Ini Dengan Vlog Pula.

Weee ! Exam sudah habis ! jadi, Ali mahu mulakan dengan berita yang gembira bagi semua blogger yang ohsem dan comel yang Aiz dari aizbatucampur.com iaitu blog yang ohsem bagi Ali dan selalu Ali kunjungi.

Bagi Ali, beliau sudah berjaya dalam dunia blog dan merupakan inspirasi Ali. Dan, dialah orang yang membuatkan Ali untuk berblogging secara serius. Aiz membuatkan Ali ketagih blog dari pada ketagih game. Serius tak tipu. Dia berblogging dalam umur 19 tahun dan memang ohsem. Bagi Ali dia sudah berjaya menempa nama.

Beliau ialah designer dan blogger sepenuh masa selepas SPM. Serius....

Terima Kasih Untuk DiGi WWWOW Awards Kategori Under 15.

Saya ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengundi Ali dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15 kepada semua kawan Ali yang cantik&ensem dan juga para bloggers yang mengundi Ali.

Segala yang Ali buat ini, ialah dari titik peluh Ali dan juga pertolongan ayah. Mungkin, kalau tengok-tengok di blog orang lain. Sampaikan ada yang kawan-kawan yang lain promote dengan letak gambar, buat kontest dan macam-macam lagi.


Tapi Ali, tiadalah seperti begitu. Mungkin sebab Ali ni bukanlah blogger yang perpegaruh dan tidak mempunyai kawan-kawan blogger yang ramai. Peribahasa moden yang berbunyi 'Budak baru nak UP' mungkin secocok dengan Ali. =..= 

Kod iklan nuffnang yang baru dan lebih ringan

Hari demi hari, blog semakin banyak dihasilkan di Malaysia. Blog boleh membuat duit. Salah satu untuk mencari duit dengan blog ialah dengan memasang pengiklan Nuffnang. Dimana pengiklan yang terbesar di Asia.

Berita gembira untuk para blogger ! Pihak nuffnang sudah membuat kod iklannya yang baru dan ia dapat meringankan lagi berat pada blog. Pembaca tidak perlu lagi menunggu lama masa loading untuk membaca blog itu. Korang boleh mendapat kod iklan yang terbaru di halaman nuffnang.

Pihak nuffnang mengesyorkan anda mengunakan kod yang terbaru yang lebih ringan. Walaubagaimanapun, kod iklan yang lama masih digunakan seperti biasa.


PSsst:
Keserabutan di kepala Ali membuatkan Ali tak dapat nak menulis entri sambungan yang kedua daripada 10 Mitos Dan Penipuan Tektik SEO Yang Fail. Mungkin esok, Silalah undi Ali dalam Digi WWWOW Under 15 untuk hari terakhir. klik sini.

Ali kena buat jadual blogging betul-betul supaya dapat post dengan rela hati dan happy. 2 perkara korang belajar hari ini, Kod iklan nuffnang yang baru dan jadualkan diri korang dengan betul. Minggu ini, Ali ada Ujian pertengahan PMR. Please forgive me about the entry of part 2. Truly sorry.

10 Mitos Dan Penipuan Tektik SEO Yang Fail. (Part 1)

SEO bermaksud Search engine optimization. SEO bagaikan nadi blog. Kalau korang tidak pandai menggunakan SEO, mungkin korang tidak akan berada di atas ranking Google dan mungkin payah untuk mendapat pembaca blog. Ali senaraikan 10 mitos dan penipuan yang merugikan korang.

Kalau korang nak tahu, blog ini baru dibina pada bulan Febuari 2012. Dan sekarang, blog ini sudah berada dalam 2,300 gitu di ranking alexa .

Korang kena ada menulis dalam konsisten baru ohsem macam Ali. ^_^

1. Kena Update Content Setiap Masa.
Maksud ayat 'update content' disini amatlah umum. Ia bermaksud meng-updatekan sesuatu benda pada blog korang seperti tulisan entri, video, audio, gambar dan macam-macam lagi.

Pernah tak korang mendengar ayat macam ini ?

“Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa.”

Pada bulan ini, Ali membuat perubahan ketara pada blog. Tapi ia untuk Digi WWWOW Awards Under 15.

Pak Cik Google sentiasa minum air tonik untuk membuat kerja mencari data-data tanpa rehat. Ia untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka. Simpan data ini kedalam kepala otak korang. -.-

Solusi?
Google mahukan entri yang ohsem. Jadi, korang kena selalu menulis entri 2 atau 3 dan buatkan jadual secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran blog korang pada setiap masa. Jadi, korang tidaklah penat untuk meng-updatekan blog korang setiap jam dan saat.

Steve Jobs - Pak Cik yang ohsem ?

Beliau ialah pengasas produk Apple. Pada usia 56 tahun, beliau digelar sebagai bapa inovasi, khususnya dalam industri teknologi maklumat. Ohsem sungguh weii...

Pada zaman dulu,  VCD player sudah cukup untuk memuaskan hati penggemar lagu. Tetapi, Beliau beranggapan sebuah teknologi yang lebih ohsem mampu mengubah persepsi pengguna agar nampak lebih bergaya dan ohsem bila menggunakannya.

Beliau adalah seorang yang mempunyai visi yang jauh dan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Pada tarikh 5 Oktober 2011, seluruh negara dikejutkan dengan berita pemergian Steve Jobs.

Musuh ketatnya dan juga kawan beliau iaitu Bill Gates turut merasa sedih kerana dunia telah kehilangan seorang inventor yang ohsem. Baginya, Steve Jobs bukan sahaja seorang inventor, tetapi Jobs mempunyai gaya fikir luar biasa dan lebih jauh.

Psssst: Di rumah Ali, semua gajet ialah produk Apple. Ali memang suka pakai Apple. Blogging ni pon pakai Macbook. ^_^

Satu Nama, Mengubah Dunia
Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga angkat (Paul Jobs dan Clara Jobs) di California. Ketika beliau muda, keluarga angkatnya merangcang untuk menyambung pelajaran di Reed College.

Mungkin korang semua tahu, Beliau tidak berjaya menamatkan pelajaran beliau tetapi beliau masih terus menghadiri kelas kaligrafi di kolej. Beliau menjual botol Coke untuk menampung kehidupan sehariannya di universiti.

Macbook Air menjadi impian Ali untuk memilikinya. Tapi, Undilah Ali dalam  Under 15 Digi WWWOW Awards untuk Ali miliki Macbook Pro pula. klik sini. :)

Dengan kelas kaligrafi, Syarikat Apple sudah menjadi ohsem di mata dunia. Kata beliau dalam ceramah penghormatan di Stanford University.

If I had never dropped in on that single calligraphy course in college, the Mac would have never had multiple typefaces or proportionally spaced fonts.

Hujahan beliau memang begitu bermakna. Sekiranya ilmu yang kita hanyalah belajar tetapi tidak menggunakannya. Ia ibarat pokok yang lebat tidak berbuah. Jadi, gunalah sebaik mungkin.

Hadiah hebat untuk pembaca tegar blog Ali Basyir. Dan mungkin akan bertambah lagi dan lagi !!!

Hai ! berita baik ! sila happy macam orang gila baru dapat bunga. Jika korang pembaca tegar diblog Ali. Korang berupaya mendapat hadiah-hadiah yang hebat ! Suka tak ?

 Korang boleh tekan pada rewards yang berada di belah kiri blog. Yang berwarna merah. Jika korang buta warna, ia warna biru. hahha.

Sekarang, Ali mahu mencari penaja hadiah untuk blog ini. Jika mahu memberi hadiah kepada pembaca tegar di blog ini. Jadi, hadiah akan bertambah dan bertambah. :)

Antara hadiah-hadiahnya ialah :

1. Template 'Pink dan Peach'
17,000 points untuk seorang sahaja
Jika korang nak tahu, Ali sudah buat satu template blog untuk pembaca tegar. Template ini 100% boleh dikatakan tiada kerosakkan dan ohsem untuk korang gunakan. Jika ada, Ali akan baikinya untuk korang. Free of charge. 

Dengan syarat korang kena ada backup template 'Pink dan Peach'lahh. Baca entri tentang template ini di sini


2. Blog design dari Ali. 
15,000 Points untuk 10 orang sahaja
Mungkin korang dah tahukan, Ali sudah pandai mengdesignkan blog orang lain. Jadi, Ali mahu mencabar diri Ali untuk mendesignkan blog orang lain dengan 10 design sahaja pada pembaca tegar.

How To Survive Everything Di Sekolah Korang.

Entri-entri ini diwujudkan kerana Ali mahu wujudkan blog bertemakan lawak dan tips sekolah. Mungkin korang akan pelik dengan tips ini. Tapi bagi Ali, Ali mahu mencari kelainan dan menulis secara suka-suka. 

Bagi pelajar, sekolah ibarat syurga dan neraka. Dengan cikgu yang garangnya. Dengan pengawas yang kejamnya. Dengan pekebun yang gatalnya. -.- Tapi, ada juga positif pasal sekolah. Takkan korang tak pernah pergi sekolah ? korang boleh rasa sendiri kan ? tak pernah ? kantoi ponteng !! haahh aa ! =..=



Ahhhhhhh..... teringat masa sekolah darjah enam. Cinta pertama, denda pertama, pukulan maut pertama dari cikgu, berdiri diluar kelas pertama dan semuanya pertama. :) ok, cinta pertama itu Ali tipu kuat-kuat disitu. :)

Entri-entri How To Survive Everything Di Sekolah Korang.

1. How To Survive In Tandas Sekolah ?
2. How To Survive Bila Tak Siap Kerja Sekolah.  XD (akan dipublish nanti)

How To Survive In Tandas Sekolah ?

Mungkin dalam tradisi orang malaysia, tandas sekolah wajib dan perlu kotor. Jika korang nak tahu, Tandas sekolah lelaki memang macam logi kumbahan tahap 4. Mungkin kut, tidak tahulah kalau sekolah swasta. Sekolah orang kayo-kayo. Sekolah kaya ada juga ke yang kotor tahap 4?

Ok, lupakan pasal sekolah swasta. Selalunya, Tandas sekolah lelakilah yang paling kotor sekali daripada tandas perempuan. Memang semua sekolah macam itu. Jangan nak menipulah tandas sekolah korang paling terbersih dalam Malaysia ni. Tak mengalah ? Nah ambik 10 sen ni. =..=

Korang tahukan, Sekolah memang banyak terkumpulnya budak-budak yang tak makan saman ? Semua orang tahu kan ? Jadi macam mana nak survive untuk Buang hajat dalam tandas sekolah ??

TIPS 1 - Elak kena kacau.
Korang dah tentu kena kacau dengan budak-budak tak ada otak ni. Jadi, korang kenalah redho apa yang berlaku kat korang. Lainlah korang ni gengster kucing semua orang takut nak kacau korang dalam tandas. Jadi, korang kena jadi gengster dulu baru orang tak kacau.

Wa gengster ot. Lu skodeng wa berak buang hajat. Wa ngorat mak lu. -Kata beliau.

TIPS 2 - Ajaklah kawan gengster dating dalam tandas.
Kalau ade kawan yang gengster tu, ajak-ajaklah temankan korang ke tandas. Rasuah dia. Jangan masuk bilik tandas tu sama-sama sudahlah. Nanti jadi kes lain pulak. Hanya teman je. Nanti korang boleh teman satu sama lain.

Buat grafitti dalam tandas sekolah nak ?

Di sekolah Malaysia, Cikgu memang tak sangup pergi masuk dalam tandas murid lelaki. korang takkan masuk punya tandas lelaki pasal pelajar lelaki peragai hodoh-hodoh belaka dalam tandas ni. Cikgu suka masuk tandas vip je.

Abaikan saja peragai hodoh pelajar lelaki tu, malu kut kalau perempuan baca. Banyak pelajar peragai hodoh-hodoh buat dalam tandas lelaki. Macam buat istana pasir, main paintball, main nyorok-nyorok dan main basikal . Memang hodoh kan ? =.= Abaikan saja bende ni.

Memang sekolah dengan vandelisma tak boleh dipisahkan. Pengetua asyik-asyik membebel je masa perhimpunan. Budak-budak yang tak bersalah pula kene bedah telinga sebab paksa dengar pembebelan cikgu. -.-

Psssst: Jika korang suka dengan apa yang Ali menulis, Tolong like facebook Ali Basyir. Klik sini laju-laju ya ! Kita boleh bual-bual kat sana...

Di Malaysia, seni grafitti di tandas sekolah terdiri daripada iklan lucah atau tulis nama orang macam 'cikgu math saya buncit' menggunakan liquid paper atau pen marker. Itu pelukis amatur dan memang nampak tak gah, dan tak boleh nak lawan dekat dinding lokang sungai klang. It's so lame.

Di Perancis seorang artis grafitti yang menggelarkan dirinya Decktwo yang menghasilkan seni grafitti yang lebih berkualiti dari budak-budak hodoh. Diharapkan sekolah di Malaysia dapat ambik Decktwo untuk contengkan tandas yang sedia ada kat sekolah. Sekurang-kurangnya grafitti dia cantik dan takde iklan "gay sedia berkhidmat 012 345 6789"


Makanan kegemaran wanita ini ialah sabun.

Adakah korang penah ketagih bende-bende yang pelik ? seperti makan buku atau buku lima ? pernah makan kasut ke ? tidak pernah ? tapi, Tempestt Henderson, 19 tahun, dia ini sudah ketagih makan sabun.

Tempestt Henderson nampak sahaja macam remaja normal. Tapi dia ni ade tabiat buruk yang
tak senonoh . Dia ini ketangih makan sabun yang kritikal. Mula-mula dia hanya makan sabun untuk hobi. -.-  Lepas tu menu dia berkembang dan bertambah dengan syampu dan kemudian sabun buku mandian.

"Saya ingat kali pertama saya makan sabun. Saya makan sabun mesin basuh dan rasanya manis serta masin. Ianya rasa yang sungguh sedap" kata beliau


Berapa Kali Saya Perlu Update Blog?

Faktor untuk berjaya dalam dunia blog adalah luas. Keluasanya mungkin 1 alam semesta kuasa 9. Ali pun tak tahu. Antara persoalan yang sering bermain dalam kepala otak blogger-blogger baru ialah berapa kali mahu menulis entri dalam seminggu ??

Cuba tanya pada diri korang. "Berapa kali saya perlu menulis blog dalam masa seminggu?"

Jawapan untuk soalan ini ibarat tiada penghujungnya. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh blogger-blogger yang sudah berjaya dalam dunia blog. Korang boleh tanyakan soalan ini pada top blogger Malaysia ataupun tanya saja pada Pakcik Google. Ini adalah cebisan dari Ali untuk jawapan berikut:

Kalau blog berita, Kemaskini entri setiap kali memperoleh berita baru.
Kalau blog peribadi, Kemaskini entri setiap kali ada cerita yang ingin dikongsikan.
Kalau niche blog, Kemaskini entri 3 kali seminggu.

Ketiga-tiga jawapan di atas boleh digunakan dan ada 'power' tersendiri. Mungkin, blog korang ada jadual berapa kali dalam seminggu untuk menulis blog. Tapi ini hanya cadangan Ali untuk korang.

Kualiti, Sesuai, dan Kesanggupan
Sebelum membuat pilihan, Korang kena tahu dahulu perkara-perkara yang penting untuk menulis entri-entri baru untuk blog korang yang ohsem itu.

1. Kualiti entri.
2. Relevan.
3. Kesanggupan diri.

 
Design By AliBasyir