Showing posts with label how to survive in sekolah. Show all posts
Showing posts with label how to survive in sekolah. Show all posts

How To Survive Everything Di Sekolah Korang.

Entri-entri ini diwujudkan kerana Ali mahu wujudkan blog bertemakan lawak dan tips sekolah. Mungkin korang akan pelik dengan tips ini. Tapi bagi Ali, Ali mahu mencari kelainan dan menulis secara suka-suka. 

Bagi pelajar, sekolah ibarat syurga dan neraka. Dengan cikgu yang garangnya. Dengan pengawas yang kejamnya. Dengan pekebun yang gatalnya. -.- Tapi, ada juga positif pasal sekolah. Takkan korang tak pernah pergi sekolah ? korang boleh rasa sendiri kan ? tak pernah ? kantoi ponteng !! haahh aa ! =..=



Ahhhhhhh..... teringat masa sekolah darjah enam. Cinta pertama, denda pertama, pukulan maut pertama dari cikgu, berdiri diluar kelas pertama dan semuanya pertama. :) ok, cinta pertama itu Ali tipu kuat-kuat disitu. :)

Entri-entri How To Survive Everything Di Sekolah Korang.

1. How To Survive In Tandas Sekolah ?
2. How To Survive Bila Tak Siap Kerja Sekolah.  XD (akan dipublish nanti)

How To Survive In Tandas Sekolah ?

Mungkin dalam tradisi orang malaysia, tandas sekolah wajib dan perlu kotor. Jika korang nak tahu, Tandas sekolah lelaki memang macam logi kumbahan tahap 4. Mungkin kut, tidak tahulah kalau sekolah swasta. Sekolah orang kayo-kayo. Sekolah kaya ada juga ke yang kotor tahap 4?

Ok, lupakan pasal sekolah swasta. Selalunya, Tandas sekolah lelakilah yang paling kotor sekali daripada tandas perempuan. Memang semua sekolah macam itu. Jangan nak menipulah tandas sekolah korang paling terbersih dalam Malaysia ni. Tak mengalah ? Nah ambik 10 sen ni. =..=

Korang tahukan, Sekolah memang banyak terkumpulnya budak-budak yang tak makan saman ? Semua orang tahu kan ? Jadi macam mana nak survive untuk Buang hajat dalam tandas sekolah ??

TIPS 1 - Elak kena kacau.
Korang dah tentu kena kacau dengan budak-budak tak ada otak ni. Jadi, korang kenalah redho apa yang berlaku kat korang. Lainlah korang ni gengster kucing semua orang takut nak kacau korang dalam tandas. Jadi, korang kena jadi gengster dulu baru orang tak kacau.

Wa gengster ot. Lu skodeng wa berak buang hajat. Wa ngorat mak lu. -Kata beliau.

TIPS 2 - Ajaklah kawan gengster dating dalam tandas.
Kalau ade kawan yang gengster tu, ajak-ajaklah temankan korang ke tandas. Rasuah dia. Jangan masuk bilik tandas tu sama-sama sudahlah. Nanti jadi kes lain pulak. Hanya teman je. Nanti korang boleh teman satu sama lain.

 
Design By AliBasyir