Template blog : Alahai.

hai ! kalau korang tengok gambar dibawah korang akan nampak gajah template blog hasil yang Ali buat dengan keyboard dan tikus ajaib. ^_^  Ali buat template ni tahun lepas, maaf Ali tak ingat pon bila Ali buat  template ni. Dah lama kut, sebelum blog ini wujud lagi. Jadi, jangan nak tanya bila Ali buat blog ni pulak. Lempang kang. -.-

Design blog khas untuk adik Ali.

Fuuh ! minggu ni sungguh memenatkan. Ali tak boleh nak tulis entri yang panjangnya 3KM. -.- Ali sekarang sudah siap bina satu template blog khas untuk adik ali, Muna Aqilah Bin Basri. Dulu, adik ali selalu jeles dengan Ali sebab ada blog yang boleh dikatakan berjaya dalam blog ni. Nah ! ambik kau adik ! haha.

Korang boleh tengok blog ini dengan klik sini laju-laju. ^_^

Ali buat sidebar dia kecik sedikit sebab Ali nak galakkan dia menulis dengan banyak panjangnya 90 Kilometer. ^_^ Ali juga nak pandangan dari korang tentang design blog Muna ni, ada atau tidak cacat cela tentang blog ini. Korang boleh komen pandangan korang di bawah ni !

Ini baru permulaan untuk Ali mencipta template blog untuk orang lain. Dengan mengikut kehendak orang yang sedikit cerewit. Tapi, alhamdulillah misi berjaya. Beri tepuk tangan sedikit. :)

Blog Muna siap ditaja oleh mykiddyclothes tau !





Hiasan dari plastik sampah yang gempak !


Kempen alam sekitar dari negara Poland yang memang cukup kreatif sekali ! Pereka yang bernama Luzinterruptus menghias sebuah plaza dengan seribu beg sampah. Tapi, bukan sampah biasa yang busuk tu. Beg sampah yang amat cantik sangat dan tidaklah kotor macam sampah diluar dirumah.

Gambar di bawah ni diambil di sebuah plaza tempatan di Warsawa, Poland yang telah di ubah menjadi taman sampah atau sampah theme park gitu. Seni sampah ni dinamakan Recyling Sunday.




Yang menariknya, untuk para pengunjung boleh mengambil beg plastik sampah itu ke rumah. Pada esok harinya, plaza itu telah kembali normal seperti sebelumnya. Hebatkan ? siapa nak ambil sampahkan ? tapi, kalau macam ni lah gayanya, Ali nak bawak balik satu ni. ^_^



DI sekolah Ali pun ade jugak buat kempen alam sekitar. Tapi langsung tak dapat sokongan dari murid2. Nak bawak surat khabar 1kg pun malas ! pehh. nak jer kena pelempang. -.-



Ali rasa, dia buat bende ni dengan bahan kimia. entahlah.. adakah bende ni mesra pengguna ??





Video pendek untuk tontonan umum !

 


3 Saluran Youtube yang ohsem untuk tutorial Photoshop.

Jika korang pro atau separa pro menggunakan Adobe Photoshop, korang mungkin memerlukan saluran Youtube ini untuk belajar benda baru dalam untuk meng-edit gambar yang korang inginkan. Macam-macam boleh buat dengan photoshop. Cuma korang memerlukan bimbingan untuk memahirkan Adobe Photoshop.

Soalan yang sering ditanya oleh pengguna Photoshop ialah dimanakah korang dapat merujuk untuk mendapat tutorial ? mestilah youtube. Tapi, manakah saluran berkaitan dengan Photoshop daripada asas yang cukup menarik dan pandai memainkan pelbagai efek ? Ali rasa, ramai suka mengikuti tutorial melalui video daripada gambar dan lain-lain.

Creative Sweet TV
Melalui saluran ini, Creative Sweet TV bukan saja menawarkan tutorial untuk Photoshop saja, tetapi untuk beberapa aplikasi lain daripada Adobe, termasuk Indesign, Acrobat dan sebagainya...
Saluran ini sedikit aktif daripada Creative Sweet TV, Bagi yang inginkan pelbagai video asas dalam photoshop, mungkin ini akan jadi saluran kegemaran anda.

TutorVid
Untuk TutorVid pula, ia menawarkan pelbagai tutorial Photoshop pada tahap asas dan juga tahap pro super saiya level 50. Ia mempunyai fasa-fasa dalam tutorial dari TutorVid

Mungkin ini dapat membantu korang untuk meng-edit gambar-gambar yang korang inginkan. Sila beri komen jika ada link-link yang menarik di bawah..

Tukarkan gambar entri korang kepada original quality dan lebih cantik !

Setiap kali kita post gambar dalam entry, bila dibesarkan atau dikecilkan. Sudah Pasti gambar tersebut akan jadi low quality. Pembaca pon tak ada lalu nak makan dengan hidangan entri yang korang sediakan. Bila dah tak ada selera nak makan, pembaca akan makan diblog-blog lain.

Ini membuatkan korang rugi dan pelanggan pon lari dengan kualiti gambar yang kurang cantik. So, how to change to original quality? Ok, cara nak ubah quality gambar sangat mudah. Ali tunjukkan cara macam budak tadika.

Step 1: Upload gambar macam biase dekat posting gune Compose

Step 2: Klik laju-laju pada Edit HTML sebelah compose tu.
Step 3: Pastu search s320... Bila dah jumpa, gantikan s320 dengan s1600
Step 4: Done! Publish!


EXAMPLE:

Gambar Low Quality (s320).. 

Gambar yang Low Quality akan jadi blur,pecah dan tak secomel penerajang panda. Perut panda tidak nampak menyerlah dan tak nampak seksi langsung. korang selera ke nak baca entri yang bergambar macam ni ??

Original quality.

Cantik tak? Memang cukup Selera kalau dapat makan kaki panda kan ? Gambar kelihatan sungguh cantik. Kalau  kene penerajang panda pun dah puas hati. Perut pun seksi, tergoda panda-panda betine dekat zoo afrika. -.-

Lepak JinnyboyTV si ohsem di youtube.

Jika korang peminat 'humor' ataupun lawak. Tapi kali ni, lawak English dan Malaysia's English broken.  Korang patut tonton video lawak buatan oleh orang Cina Malaysia dari JinnyboyTV. Memang dikatakan lawak yang boleh membuatkan korang tak kering gusi dan otak korang.

Pada zaman Ali bersekolah lagi, apa yang Ali perhatikan ialah kebanyakkan orang Malaysia memang dari dulu lagi amalkan tradisi "Melayu lepak dengan Melayu, Cina lepak dengan Bangla Cina." -=__= Mungkin sebab Ali duduk di populasi cina yang sedikit.

Psssst: Ali baru saja bangunkan page like blog ini. Sila like kalau sudi. Klik sini slow-slow.

Bersama JinnyboyTV. Maaf gambar tak berapa jelas...

But, i want to say to you all are so lame. Cina ada keunikkan dia, Melayu pon ada keunikkan dia. Kita kenalah tahu luar dari otak pemikiran. Takkan nak lepak dengan kawan-kawan sekaum je ? Rugilah. Tak dapat info dari luar kotak. Korang paham tak ? kalau tak paham sila baca 90 kali. ^_^


JinnyboyTV terkenal di serata dunia. Dan Ali suka dia punya lawak, lawak serius. Bukan lawak bodoh yang dibuat-buat oleh youtubers lain. Ali dah pernah bersemuka dengan Jin (@JinnyBoy) dan Reuben (@reubenkang) semasa pelancaran digi wwwow awards 2012.

The best moment is I laugh a lot when a boy with a big bag. XD

Video baru dari JinnyboyTV. Mengisahkan memori budak-budak persekolah pada zaman 80-an yang tiada internet. Memang ada sedikit sebanyak yang Ali main waktu sekolah rendah macam lawan tindih pemadam, batu semban, diari buku kawan, 'ais krim soda' dan banyak lagi. Tapi, bila dah naik ke tingkatan 1, semua benda tu dah hilang entah kemana. Sekarang payah nak jumpa benda macam ni. Memori..

Maksud abuden ialah pertanyaan yang tak sepatutnya ditanya.

Akhir kata, kita kenalah lepak dengan kaum lain. Kalau dia racist, layanlah orang bukan racist lain. Tinggalkan je orang racist tu jauh-jauh. Ali baru tahu diorang ni masa di Pelancaran Digi WWWOW Awards. Ali memang tak layan English walaupun blog ataupun video. Tapi, boleh dikatakan Ali boleh skor dalam English exam. :3 (taippan muka poyo) 

The last word to say. Awesome videos ! i hope you guys upload more videos.

The awesome launch Digi WWWOW Awards 2012

Digi WWWOW Awards 2012 sudah kembali. Dengan kemunculan lebih kategori, lebih sponsors, lebih hadiah untuk para pemenang. Jika korang pengguna internet, korang patut sertai kontest ini ! Tak kiralah korang wwwow ataupun tidak !

Semalam, Sabtu, 24 haribulan 2012. Haritu memang terhebat dan best. Ia akan mekar dalam memori otak. Rasa macam sejam tadi baru bermulanya lancaran tersebut. Itulah buat kali pertama Ali pergi berjumpa blogger-blogger lain. Memang jangal nak bercakap dengan orang lain. I felt so awkward to talk with a new person such as  auntie, pak guard dan 'tiang'. =__=

Psssst: Korang boleh tengok semua gambar di fan page Ali. Klik sini dan jangan lupa like tau !

Ali datang terus bersarapan pagi disana dengan 2 bungkus mihun goreng. Kira-kira 100 orang dijemput kesana untuk pelancaran Digi WWWOW Awards 2012. Di sana, Sulin Lau memberikan penerangan tentang bagaimana pertadingan dijalankan dan memperkenalkan para-para sponsors.

Cara pertanding berbeza sedikit pada tahun ini. Daftar akan bermula pada 24 Mac - 22 April 2012. Dan akan mula menggundian pada 23 April hingga 13 Mei 2012. Bukan macam tahun lepas, daftar je terus undi. Siapa  daftar lambat, dia tak dapat nak lawan siapa yang daftar cepat. Paham tak ? Kalau tak faham, sila rujuk buku kawin nikah. Memang takkan dapat. ^_^

Diminta korang pergi ke website Digi WWWOW Awards 2012. Klik sini laju-laju. ^_^

Qamar Hashim : 8 tahun sudah di gelar 'Pro Photographer termuda'

Apa yang disuruh ialah belajar dan belajar, lepas belajar cari kerja makan gaji. pastu bekerja dan bekerja. Apa yang nak ali cakap dalam bahasa orang muda ialah 'tak ada LIFE langsung', ini juga akan membuatkan korang berhutang banyak dan menimbun sebab bajet yang limited. Lama kelamaan korang akan stress macam nak terjun bagunan. 

Kepada makbapak sila cari keunikan anak anda sendiri ya. Pastu boleh buat bisness dengan minat anak-anak korang macam Harli Jordean si Raja Guli. Ok, Let start out topic now...

Qamar Hashim berumur 8 tahun dan normal macam kawan sebaya dia di sana. Tapi budak ni ada bakat yang cukup 'marvelous'. Dia juga diiktiraf 'Photographer termuda' di negara mereka. Dia mula minat photografi seusia 4 tahun.


Psssst: Di Malaysia, Budak darjah 6 pun dah ade yang dapat kamera DSLR dari ayah dorang. Dan diorang mengambil gambar bukan untuk seni foto. Tapi untuk stail dan bergaya saja. Memang nak kene pelempang gilir2 dorang ni, makbapak bagi tak membuahkan hasil yang cukup 'WOW' sekali.

Hang pandang apa tu Qamar ? awek hah ? -.-

Dia ada beberapa gambar yang cantik yang diambil oleh beliau. Jadi, sesiapa yang ada kamera hanya untuk stail korang sepatutnya malu dengan Qamar ni. Dan apa yang sedihnya dia hanya menggunakan camera Sony saja. Korang ? kamera 5d Mark iii berlensakan lensa putih 5KM yang boleh skodeng mak orang dari jauh.

Maafkan Ali, Ali tak dapat nak cari gambar-gambar dari budak tu. Tak banyak sebenarnya pon ada dalam internet. 


"Apabilasaya melihat sesuatu yang saya suka, saya melihat melalui kanta zum saya dan klik. Bagi ketinggian saya, saya tidak pendek, saya boleh mencapai. ".








sumber.

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger


Pada hari ini, Ali akan sertai kontest 'Wang Tunai RM5000 untuk Blogger' dari bloggerwanita.com . Ini bersempena ulang tahun ke 2 blog beliau. Jadi, sila teruja ya. -.- Walaupun nama bloggerwanita.com, tapi kontest ini untuk semua jantina kecuali Makyah. hahaha(gelak jahat)

Ali ingin menjemput korang untuk join bersama Ali sebab hanya 100 blogger terawal yang berdaftar saja dipilih untuk merebut RM5000 ! Jadi, tulis entri cepat-cepat dan hantar ke blog Aya.

Untuk mendapatkan duit itu, setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog bloggerwanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05 per 1 trafik. Jika seorang blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog bloggerwanita.com. Maka bayarannya ialah RM500 (RM0.05 X 10000). Kalau 100000000000 ? darab dengan RM0.05 jadi dapat jawapannya... Itu pun kena ajar ke ? -.-






Cara extrem masak mi ramen. Kalah kau bedah !

Bila bedah masak mi, memang tak ada apa yang 'wow' pon dalam masakan. Jadi, Ali rekaman kan Pakcik   jepun ni tolong buatkan mi untuk korang ataupun jadi pekerja untuk korang. Memang gerenti dapat pelempang ramai pembeli. -.- hahaha. merepek kejap.

Harini, Ali buat persiapan untuk ke sekolah esok. Jadi, tak ade mood nak tulis entri untuk harini. Layan je pakcik ini. Pakcik ni, Kalau lipas jatuh kat dalam mangkuk tu, konfem lipas tu dah tak nampak macam lipas dah. Hanya nampak macam sayur yang hitam... -.-





Kenapa berblogging ?

Haritu, Ali ada terbaca sebuah entri dari Denaihati. Ali baca sampai habis yang bertajuk "Sebab mereka berblogging bagaimana pulak anda". Jadi, Ali pon tertanya pada diri Ali sendiri. Kenapa Ali memilih berblogging ? Kenapa tak pilih kacau bini orang atau kacau emak orang ? =.=

Jadi, Ali blogging sebab apa ? Banyak jawapan dalam pemikiran Ali. Duit bukan tujuan pertama. Tapi, hanya bersuka-suka dengan trafik dan dapat kawan baru. Oh ye, Ali memang ketagih juga blogging. Dengan berblog, kita akan menulis entri. Sebelum nak tulis entri, kita kene membaca untuk dapat info, gaya penulisan dan banyak lagi.

Ali nak membetulkan bahasa Ali, memang 'fail' betul dalam bahasa Malaysia. Jadi, Ali akan buat cerpen banyak-banyak kasi ayat mantap dan Ali akan buat novel. Serius, Ali memang nak buat novel. Tapi, bukanlah novelis sepenuh masa.

Link ini di copy, di entri denaihati. Banyak jawapan dari semua blogger. Apa pula sebab korang blogging ?

Kesilapan kita sendiri menyebabkan mood blogging down.

Perkara macam ini banyak berlaku dan Ali percaya semua orang pernah merasai mood ini. Tidak terkecuali juga dengan Ali. Ali memang tak suka betul bila mood down macam hidup kurang enak tanpa berblogging. Banyak sebab yang menyebabkan mood kita down. Entri ini ditulis kerana Ali mood down ketika berblogging. Jadi, Ali disini nak panaskan topik ini. Memandangkan mood Ali down, Ali dah tahu dah penyebabnya...

Ali perhatikan diri Ali sendiri, selalunya mood Ali down apabila visitor kurang, komen tak banyak, ranking alexa menurun dan macam lagi. Dulu, bukan main happening lagi sebab blog ni terus naik ke ranking alexa dalam 3,000 lebih. Jadi, masa tu mood tu ghairah dengan menulis entri dengan happening gila.

Jadi, Ali dah kaji sampai berdarah hidung. Asal mood down ? atau erti kata lain, asal tak ada mood nak menulis entri ? Bila di kaji bagai doktor pakar mata. haha. Rupanya hanya satu saja kesilapan Ali. Kesilapan inilah yang membuatkan mood Ali down. Ali yakin semua orang juga melakukan kesilapan ini. Iaitu "NIAT".

Apa niat kita berblogging?
1. Kalau niat nak duit, kompem mood down kalau tak dapat duit...
2. Kalau niat nak trafik, Kompem mood down bila trafik macam ciput
3. Kalau niat nak famous, kompem mood down bila orang maki hamun pula..

hi you all ! i'm famous... 

The conclusion is...
Niat kitalah yang menyebabkan kita down. Jadi, itulah yang Ali perhatikan blogger malaysia kita ni. Niat masing-masing nak duduk dalam top 10 blogger. Pastu kalau jatuh buat super saiya level 20 tak tentu pasal.

The solution is...
Kita yang patut buat sekarang ialah berblogging kerana korang minat sesuatu dan ingin kongsi dengan orang ramai. Jangan nak mengharapkan apa-apa, rezeki kita datang dengan sendirinya. Cakap tentang rezeki, rezeki ni misteri. Kadang-kadang dapat, kadangkala tak dapat dan kadangkala dapat rezeki macam gunung everest. Jadi, Ali tak nak sebut pasal rezeki. Itu semua kerja tuhan.

Have fun blogging :) diminta untuk memberi komen atau sedikit tokok tambah tips ini.






Jemputan ke Digi WWWOW Awards 2012

Semalam, Ali dapat satu lagi email dari Digi tentang Digi WWWOW Awards 2012 ! Wohu ! bulan depan, pasti dunia blogging di Malaysia tengah bising pasal Digi WWWOW Awards 2012 ni. Kita tunggu ya !

Psssst: Ali dapat masuk dalam kategori Top Online Over-Achiever Under 15, Dia jemput sendiri pakai email. yipi ! ^_^ Klik sini

Pelancaran Digi WWWOW Awards 2012 bersama pemenang dan finalis yang bertanding pada tahun lepas pasti mengenang memori lama kan ? I think, Sudah semestinya semua finalis dan pemenang dapat email dari digi. A new achievements experience ! 

Info tentang pelancaran :

Tarikh : 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : D'House, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam


Tiket tahun lepas yang masih disimpan.

Wahh ! bestnya ! dapat jumpa dengan bloggers lain ! Teringat blog alikesekolah, Ali tak menang tapi terpilih dalam 6 orang finalis, tapi sejarah tak mungkin berulang. haha. Ali akan buat sampai berjaya ! Memandangkan Ali dah pindah ke blog baru, jadi masih ada lagi sokongan untuk Ali macam tahun lepas ?

Hanya terhad untuk 100 orang saja untuk hadir ke pelancaran sebelum 14 Mac 2012. Jadi, siapa cepat, dia dapat ! Siapa yang pergi, tolong bagi tau Ali ye ?!



Digi WWWOW Awards 2012 ? hah ?

Hari ini, exam sudah habis. Penuh dengan selamba sakan, jadi Ali ambil cuti sendiri. haha.  Ali tahu hari ini takkan belajar hanya bincang pasal kertas exam saja. Petang tadi, kira-kira pukul 4 gitu. Ali dapat satu berita gembira yang pelik. -.- Tapi memang rasa macam nak terjun bagunan pun ada.

Psssst: minggu ni, Ali ada exam jadi Ali memang tak boleh nak posting entri baru. maaflahnya... oh ya, sekarang dah habis exam jadi jom posting banyak2. yipi !

Yang peliknya, Digi WWWOW Awards belum lagi disebut2 dalam dunia blogging tahun ni. Jadi Ali musykil sikit. Mungkin bulan depan akan diadakan ? Tanya digi. Jangan tanya Ali. Cubalah korang baca ni,
wuhoooooo !!!! Baca dengan teliti. Nanti masuk exam. ^_^

Kalau dapat pergi lagi, Ali nak jumpa Anwar hadi buat kali kedua. :) Harap-harap dapat jumpa mat lufti pula kali ni. Nak juga tengok cik epal depan-depan mata dari setiap sudut 360 darjah. Ali harap benda ini akan benar-benar belaku, tengoklah esok dapat atau pun tidak email dari digi ataupun dia sendiri. :)



Entri-entri cara unik mereka membuat duit.

Perangsang untuk kita berjaya! Ali akan update entri berbau busuk inspirasi untuk korang. Ali nak korang buka minda tu luas-luas.

Alex Tracks

Siapa sangka jual gula-gula boeh dapat 150 dolar setiap hari ? Pernah tak terfikir nak jual gula-gula saja ? Alex 'Tracks' Mcfarland, berasal dari New York dan hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari ! 


Baca kisah penuh...

Harli Jordean - Founder marbleking

Di lahirkan di London,UK. Dia menjual guli secara kecil-kecilan dengan menjual kepada kawan-kawan, sampaikan satu waktu, orang tua pun membeli guli dari dia. Disebabkan dia memang obses dengan guli. Terlampau mengumpul guli, dia diangkat sebangai Marble King of Britain...


Baca kisah penuh...

Qamar Hashim - Jurugambar termuda di dunia.

Qamar Hashim berumur 8 tahun dan normal macam kawan sebaya dia di sana. Tapi budak ni ada bakat yang cukup 'marvelous'. Dia juga diiktiraf 'Photographer termuda' di negara mereka. Dia mula minat photografi seusia 4 tahun.


Baca kisah penuh...

Hasif Hamsyari - Penulis berumur 16 tahun yang ohsem.

Dia seorang penulis buku yang berumur 16 tahun. Ali cadangkan korang patut malu sebab beliau sudah pandai mencari duit dan korang hanya goyang kaki dan ugut makbapak tentang duit. Shame of you.


Baca kisah penuh....

Steve Jobs - Pak Cik Yang Ohsem.

Beliau ialah pengasas produk Apple. Pada usia 56 tahun, beliau digelar sebagai bapa inovasi, khususnya dalam industri teknologi maklumat. Ohsem sungguh weii...

Beliau satu-satunya bekerja dengan t-shirt dan orang lain semua pakai tie dan kot. :)

 
Design By AliBasyir