Alex Tracks : dapat 150 dolar setiap hari dengan jual gula-gula

Entri sebelumnya Ali cakap pasal Raja Guli, di New York, Alex diangkat sebagai Raja Gula-gula !

Siapa sangka jual gula-gula boeh dapat 150 dolar setiap hari ? Pernah tak terfikir nak jual gula-gula saja ? Alex 'Tracks' Mcfarland, berasal dari New York dan hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari !

Cuba banyangkan buat kat LRT Malaysia ni. Mesti kena halau punya ! ali tabiklah budak ni. 150 dolar sehari, kalau sebulan dah dapat kira-kira 4 ribu dolar. Alex dapat menghasilkan duit sebanyak 55,000 dolar setahun !

Dia sudah mulakan bisnes dia sejak umur 11 tahun. Sebab dia lakukan bisnes dia kerana hendak mendapat duit sendiri tanpa bergatung kepada orang lain.

"Dengan menjual gula-gula, Aku dapat mengurus keluarga"katanya sambil senyum.

Memang Ali tabiklah budak ni. Rasa macam nak jual gula-gula je kat sekolah. Tapi mesti Ali yang makan. Haha. Jual sikit je, makan banyak. -.- usaha tangga kejayaan.



0 comments:

 
Design By AliBasyir