Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang. (Part 1)

Minyak memang takkan turun harga selama-lamanya. Tunggulah sampai bila. Takkan dapat korang dapat murah kecuali korang beli minyak rambut baby johson. -.- 16 Cara korang boleh amalkan untuk jimat cermat. I think, Malaysia kena amalkan hidup berbasikallah sebab Malaysia tahap obes 2 dari 5 orang. Tengok ahli politik pon ramai orang obes2.

1. Isi minyak dihari waktu sejuk.
Pasal apa ? sebab waktu sejuk dapat mengurangkan gas dalam minyak. Kandungan gas memang banyak dalam waktu siang yang panas. 1 liter diisi akan rugi sebab haba petrol bercampur denan lebihan gas dalam minyak.

2. Isi minyak sampai tangki penuh.
Minyak akan beruap. kalau banyak diisi, banyaklah minyak meruap. Minyak yang meruap tak dapat dibakar oleh enjin. Jadi, kalau nak lagi jimat. Korang janganlah tunggu minyak kosong baru nak isi. Semakin banyak ruang kosong makin banyak petrol meruap, maka minyak cepat habis, duit melayang.

3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Bawa kereta jangan terlalu laju dan tidaklah pelahan. 70 - 90 KM adalah bersesuaian. Makin laju kereta korang bawa, makin banyak minyak korang gunakan. Kalau korang bawa pelahan pulak, minyak akan banyak guna sebab beban kereta.

4. Servis kereta korang.
Enjin yang dirawat akan berfungsi dengan baik dan elok. Korang juga perlu gunakan rawatan petrol untuk mencuci injap minyak supaya tak tersumbat. Penapis minyak kena periksa juga ! tukar dalam 40 000 km sekali.

Servis biar sampai macam ni. Siap tukar tayar lagi !


5. Seminggu sekali periksa tayar.
kalau tayar yang baik, cekaman yang sesuai dalam jarak jauh, minyak pon jimat !

6. Pandu kereta untuk perjalanan jauh sahaja.
Kalau jalanan yang pendek, baik korang guna basikal kalau jalan gelap atau sunyi, dinasihatkan bawa kereta sajalah. Nyawa lagi penting dari duit minyak !

7. kurangkan penghawa digin korang
Bila nak hantar anak pagi2 tu, tak perlulah buka aircone tu. Ali pun sejuk juga ! buka tingkap pon dan sejuk.

8. Kurangkan berat kereta. -.-
Kereta korang obes, jadi keluarkan barang yang tak perlu ada dalam kereta. Contoh macam peti ais, tv plasma 14 inci, tong gas dan lain-lain. Pandai koranglah nak tau barang tu tak perlu dalam kereta atau tak..

sambung ke part 2.



0 comments:

 
Design By AliBasyir