Jasa undian korang, Ali amat hargai.

Hari ini, ahad 29/4, Ali sudah naiki tangga yang pertama dalam top voted. Jasa korang, Ali sangat hargai sangat-sangat. Tapi, tarikh akhir undian dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15 masih jauh lagi iaitu 13 May 2012. Ali kena maintainkan kadar undian.

Jadi, Undilah Ali untuk negara. XD Macam Pru 13 pula. haha. Namun, Ali dapat merasai di tangga yang pertama undian yang terbanyak hanya beberapa jam sahaja. Pastu turun balik di tangga yang kedua undian yang terbanyak. Diharap korang vote Ali untuk Digi WWWOW Under 15.

Maaf sebab tak menulis entri dalam 2 hari ni, Selalunya Ali akan tulis 1 entri untuk 1 hari. Rasa jangga pulak tak menulis entri macam orang gile. :) haha. Ali sekarang akan menhadapi ujian pertegahan PMR. Harap maklum dan tolong vote Ali dalam Digi WWWOW Awards Under 15. :)

Cara Ali mempromosikan blog AliBasyir.

Hai ! Ali mahu kongsikan cerita pasal bagaimana Ali mempromosikan blog ini. Kalau korang nak tahu, ranking alexa untuk blog ini ialah dalam lingkungan 2,600 ! WWWOW !!!!

Sila happy, Ali nak kongsikan bagaimana Ali mempromosikan blog Ali ini. Satu soalan untuk korang ? apa itu Blog ? tanya diri, tanya otak. Bagi Ali, blog ini bagaikan rumah korang. Jadi kalau korang ada rumah yang paling besar dan bernilai tapi ramai orang tak tahu pasal rumah korang. Itu memang bermasalah dan tak boleh nak buat parti liar kat situ. -.-

Ayat 'Paling besar dan bernilai' ialah penulisan korang. Jadi, korang kenalah mempromosikan blog korang untuk semua orang supaya semua orang tahu yang korang ni ada rumah besar. ^_^ faham tak ni ?

Ali tanya ayah 'macam mana nak memproosikan blog'. Dengan selamba ayah menjawab pendek dan pandat. "Post entri jer." itu saja dia menjawab. YA, Ali buat dan buat. 1 hari 1 post akan dipublishkan untuk korang semua.

Kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini.' dibatalkan. T_T

Maaflahnya, Kontest ini hanya ada sedikit orang menyertainya. Memang rasa hampa sangat-sangat. Tambah pula, Ali  sekarang tengah berperang dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15. Jadi, bertambah pening nak bahagikan masa dengan belajar, kerja sekolah dan kacau anak dara orang. -.-

Pernah sekali, hari kedua Digi WWWOW Awards berlansung. Ali boleh dapat buku lima dari cikgu sekolah. Ali taknak cerita lebih. Nanti cikgu baca entri ini pulak, tak pasal-pasal kena buku lima kuasa 2. -.- Mungkin buku lima kuasa 4 berbaucar surat amaran keras.

Naaaaaaaa..... bukan serius sangat punlah. Kena rotan sebab kerja sekolah je. Rekod masih bersih lagi. Suci bak susu kambing campur freash oren.

Menjadi blogger serius mesti pandai mengurus masa dan bijak mengatur masa. Dan Ali, boleh dikatakan gagal dengan perkara tu. .Tapi boleh lagi membetulkan keadaan. Di mana takdelah teruk sangat sebenarnya perkara ini.
ini semua kerana WWWOW. Ali tak dapat nak bagi masa. Harap pahamlah

Maaf kepada siapa yang hantar entri korang. Harap maafkan Ali ini. Cukuplah cikgu rotan Ali. T_T Jangan nak menambahkan lagi. *muka simpati. hehe

Tapi, Ali letak juga hadiah kontest itu dekat rewards. Belah kanan yang berwarna merah tu. Jadi, dengan ini. Saya mengistiharkan bahawa kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini dibatalkan.

Harap maklum. Kalau korang tak paham, sila baca entri ni 99 kali. -.-

How to vote Ali in Digi WWWOW Awards category Under 15 ??

Digi WWWOW Awards kembali lagi untuk kali kedua. ^_^ Lebih banyak hadiah, lebih banyak kategori dan lagi hebat dari tahun lepas. Mungkin atau tidak, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk mengundi Ali dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15. Jadi, Ali disini mahu memberitahu bagaimana mahu vote Ali secara bergambar. ^_^ Kasi senang kepala otak korang. haha.

1 hari, 1 undi sahaja.
Jadi, dimintalah korang undi Ali tiap-tiap hari dalam Under 15 ni. Ini bukanlah PRU 13 yang undi sekali je. haha. ^_^ *please, jangan komen politik dalam entri ni.



Letak font yang ohsem dalam Blog korang menggunakan Google font. ^_^

Tulisan Arial sudah lapok dan membosankan. Jadi, letak font yang ohsem dari Google font ke dalam blog korang akan membuatkan blog korang nampak cantik. Janji, korang tahu Font mana yang sesuai untuk blog korang. Bagi Ali, tulisan mestilah senang dibaca dan tak berserabut. Terpulang kepada korang nak buat font graffiti atau ke apa. ^_^

Di nasihatkan, buat backup untuk templete korang. Takut-takut nanti ada yang menangis tak berlagu nanti. Tutorial ni memang senang untuk korang. Macam ABC.

Dah sedia nak ohsemkan blog korang ? jom.

Step 1.
Klik Google font Directory dengan tikus ajaib korang.

Step 2.
Pilih Font ohsem yang korang pilih untuk blog korang. Dan copy kod macam dibawah.

Jangan ambil milo. Hanya ambil Kopi. XD

Tuah : Patik berumur 123 tahun ? mudanya wei !!!

Salam 1Malaysia. Harini Ali tak dapat nak menulis entri. Kerana Ali sedang belajar di sekolah. Pehhh !! Zaman Patik dahulu, tak pernah wujudnya sekolah. Tak percaya ? sila rujuk kitab wikipedia, bab kahwin. -.- Hahaha. *Hang tuah buat lawak. =.=

Sudah rujuk ? takyah nak menipu. Patik cari pun tak jumpa kitab itu. -.- Baiklah, Patik cerita zaman Patik dahulunya.  Zaman dahulu, Patik hanya pergi ke Pondok untuk belajar agama islam. Hanya ulama dari arab yang datang dengan perdangangn. Bukannya orang melayuuntuk mengajar.

Mungkin diorang kena dagang ? Patik tak tahu. Tapi itulah tuan guru Patik. Membekalkan ilmu agama didada, Patik boleh pergi kemana-mana sahaja. Kerana, Aqidah Patik tidak pernah goyang. Oh ya ! sudah   terpesong jauh dari tujuan sebenar Patik. Patik berumur 123 tahun ? mudanya Patik !

Mengikut orang dahulu, orang dahulu boleh hidup hingga 1001 tahun. Ini bermakna, Patik sungguh muda. :)

Ps: Jikalau tuan hamba bingung, tuan hamba perlu pahamkan di sini.

Kontest : Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini.

Ali sudah fikir masak-masak, Ali mahu bagi korang templete Blog 'Pink and Peach' ini. ^_^ Ia bahan experiment untuk Ali belajar membuat blog dan ia berjaya atau ayat senang nak paham ialah perfect templete. Bahan bukti ataupun entri mengenai design itu, sila klik sini dengan tikus ajaib anda. -.-

Sekarang, Ali mahu bagi kat seorang yang bertuah. Sila teruja. Ali akan buatkan headernya sekali yang simple. Simple sama macam header itu, tapi Ali tukarkan kepada nama korang sahaja. Tapi korang boleh buat permintaan untuk Ali tepekkan gambar lain macam burger ataupun makcik kantin anda. -.-

Buku Kopi Manis dari Hasif Hamsyari. Ohsem beb !

Mungkin atau tidak, korang sudah tahu siapa Hasif Hamsyari ini. Dia seorang penulis buku yang berumur 16 tahun. Ali cadangkan korang patut malu sebab beliau sudah pandai mencari duit dan korang hanya goyang kaki dan ugut makbapak tentang duit. Shame of you.

Ali ? insyaallah. Ali akan menulis sebuah novel nanti. Ali tak boleh berjanji bila akan mula menulis buku sebab sekarang tengah berperang dengan PMR. Pernah tersimpan nak ada buku karya sendiri. ^_^

Sekarang, beliau sudah berjaya menulis buku untuk kali 5 yang bertajuk Kopi Manis. Buku ini akan dijual pada 27 hingga 6 Mei di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 sebelum dijual di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Mahu mencari penaja untuk membuat Kontest.

Berita gembira ! sila happy. -.- Ali akan buat sebuah Kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini'. Ali sekarang mencari penaja untuk memberi pemenang bagi menghangatkan kontest ini. Jadi, sesiapa yang ada  yang mahu untuk menaja hadiah sila ke facebook ali dan klik pada message ataupun klik saja pada contact me di atas tu dan isi borang itu.

Sila undi Ali dalam Digi WWWOW Awards 2012 kategori under 15 nantinya !!!

Cikgu marah sebab Ali senyum. memang tak bole blah....

hai ! hari ni memang sibuk sedikit dengan sukantara, kawad kaki dan belajar. Memang seronok macam orang gila. =.=' haha. oh ! abaikan cerita sekolah itu. Sekarang, Ali mahu kongsi cerita pasal Ali masa kecik dulu. Kalau tak silap masa darjah 4. Ali memang ingat benda ni sampai bila-bila. Memang menghantui beb.

Pada haritu cuaca sungguh indah, burung-burung berkicauan ada yang mandi, berus gigi, jogging dan macam-macamlah. Dengan cikgu tak datangnya dan exam yang dah habis. Sape yang tak happy kalau cikgu tak datang kelas ? ^_^. Jadi, Ali mainlah dengan kawan-kawan. Ali masa tu kelas pertama. Kalau kelas yang pertama ni mestilah baik-baik. Pasal apa ? pasal atitude dorang bagus-baguslah sangat. ^_^


Jadi, kat kelas adalah kelompok-lompok kawan berlepak. Ali pergilah main kad uno macam main kad blackjack. Lama main uno sampai 3 atau 4 kali cikgu relief lain datang. Memang bajet main kat genting padahal takda tak duit pon. =.= Dengan perasaan gembiranya, bila cikgu masuk. Ali bagi senyuman itu pada cikgu.

Cara nak buat Background yang berlainan untuk blog pages.

Ola ! Maaflah lama tak update blog ni. Sibuk sangatlah minggu lepas. Sebelum ni, Post entri pon pakai Ipod je. T_T Oh ye ! Tutorial ini memang best untuk korang cuba kat blog korang.

Tutorial yang best dan membuatkan blog korang nampak hebat dan cantik. Ali harap korang suka dengan tutorial ni. Hebatkan ? harap terpengun apa yang Ali tunjukkan. -.-

Korang boleh tengok pada page about me untuk korang paham. Klik sini, slow-slow. Best tak? Jom mulakan !

Testing post guna iPod. ^_^

Hai ! Maaf sebab lama tak post entri, ali sangat sibuk sangat pada tahun ni. Maklumlah, tahunkan PMR. Kenalah buat yang terbaik dalam ujian akan datang. Dan lagi satu, Ali sekarang tengah menyiapkan folio untuk subjek Geo dan Sej.

Fikir senang ke nak buat folio bertaraf PMR ni? Ali kena lawat tempatan kajian lagi, kena cari maklumat dari internet dan macam-macam lagi. Tarikh berakhirnya bulan mei ni. ^_^ Jadi, Ali bolehlah 'galok' memblogging.

Mind your own business dari adibaaah tenot2

Pada tempoh hari, Ali ada post satu entri yang bertajuk "What means Hijab ? Muslimah should know much more..." di mana ia mengisahkan apa makna hijab sebenarnya. Korang kena tahu Hijab is everything ! cara jalan, cara gelak, cara bercakap dan tingkah laku perempuan itu. Kalau dah bertudung tapi nampak tumbuh badan, itu macam halal campur haram. T_T

Good work @adibaaah ! video dapat sambutan yang hangat. Dan dia juga nak mengubah metaliti seseorang muslimah. Suka sangat cara dia bercakap. She speak very well. ^_^ ini pula, video yang baru dia.

Tak caya Ali, dia ni 17 tahun. Nampak macam muda lagi dia ni.

Korang boleh stalk dia punya tumblr. Klik sini. Jikalau korang 'blur' dan tak tahu apa-apa. Korang baca entri sebelum ini. :) klik sini dengan tikus ajaib korang. ^_^

'Pink and peach' blog design dari Ali

Kali ni, Ali design blog hanya nak berlatih HTML dan bukan untuk sesiapa. Jadi, Ali letak saja nama Ali Basyir sebagai header di situ. Nampak macam lembut pulak Ali ni. -.- Ini hanya untuk belajar sahaja. Jangan nak ambik serius sangat.


Ali tak tahu nak buat apa dengan templete ni. Ali akan bincang dengan diri sendiri nanti. nak buat apa ya ? tunggu.... =.=

I would love to if you all give a positive comments.

Kurangkan Saiz Gambar Tanpa Menghilangkan Kualiti dengan JPEGmini

Bila menulis entri, Ali selalu letak dengan gambar-gambar yang menarik. Semua blogger buat macam tu juga kan ? Cuba bayangkan kalau tiada gambar dalam entri korang. Ali jamin, pembaca akan rasa bosan nak baca entri korang tu. betul !

Kalau tak percaya, cuba korang pergi baca di entri yang tiada gambar langsung pada entri diorang. korang bace habis atau tidak ? tak punya, Ali pasti. Sebab melayu kita ni malas membaca. ade faham di situ ? T_T

Sekarang korang tak perlu nak bimbang lagi, letaklah gambar sebesar gajah sekali pon. korang boleh ringgankan gambar sehingga 5 kali ganda dengan JPEGmini. ^_^


Berat gambar sebenarnya ialah 10884KB, bila dikecikan saiz, jadi 2940KB

Gambar itu memang tak dapat bezakan dengan mata kasar korang, malah dengan mikroskop pon tak boleh. -.- Tapi, saiz dia memang ringan dari gajah ! hebat kan ? haha. Ali memang pakai JPEGmini je sekarang untuk blog ni ^_^ takdelah nak meng'gajah'kan blog ni.


Pakcik nerd menari yang cukup WOW !

Siapa kata budak nerd tak hebat ? hebat kut ! Dorang memang tak nampak hebat bila  dia dibuli. But trust me, they also had 'power' that you all do not know. Atau bahasa yang korang faham, diorang ni ada kelebihan yang kita memang tak tahu. Cubalah banyangkan kalau tiap-tiap hari kena buli dengan budak-budak sekolah. Kepada budak nerd, korang boleh kasi upah supaya diorang buli budak lain. =__=' haha.

Buli-buli jugak, tapi bila exam dah dekat. Terhengeh-hengeh nak buat baik dengan dorang. -.- Di minta korang langgan Pakcik nerd ni. Klik sini. Ali memang terpengun dengan pakcik ni.menari memang cukup marvelos daripada budak penari tiang yang tengah bising di Malaysia ni.



Cantik tak fan page cover Ali ?

Harini Ali sebuk, jadi Ali tak dapat nak curi masa nak menulis entri. haaahh !! tidakk !!! -.- Ali akan menulis entri yang best-best untuk korang. Janji Ali. insya allah... Oh ya ! tolong undi Ali untuk Digi WWWOW Awards 2012 kategori Under 15 nantinya ! 

sila lawat ke fan page Ali dan like ye. :) Klik sini.

Jom layan tutorial dan info kamera digital yang santai di DigitalRevTV

Zaman yang canggih ini, pengguna kamera digital sudah semakin meningkat. Ada saja kalau korang pergi di bukit bintang mesti ramai budak-budak yang ada kamera digital. Tapi, itu hanya untuk stail macam Ali tulis di entri sebelum ini. klik sini slow-slow. Itu semua perangai huduh hanya untuk stail tapi bila nak tangkap gambar. Hampeh..

Psssst : Minggu lepas Ali ada tulis tentang entri tutorial tentang 3 Saluran Youtube yang ohsem untuk tutorial Photoshop. itu untuk pengguna Photoshop, tapi kali ni untuk pencinta photografi pula. ^_^

Jika korang layan video tentang kamera, korang akan nak hentuk kepala korang depan laptop sebab dia membosankan. Serius tak tipu, diorang ni semuanya nak serius. Dia pikir photografi ni macam askar ke ? Nak aje Ali cubit sekor-sekor.


 
Design By AliBasyir