Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Apa Kebaikan Menyertai Kontest di blog ?

Fuuh ! terasa bahang DiGi WWWOW untuk ke sana malam sabtu ni. :) Ali beli kasut baru untuk kesana. Bapak pula, melompat sebab anak dapat masuk top 10. haha. *cuba banyangkan dengan  imaginasi anda. Ali terbayang bapa melompat pakai kain pelekat. -.- haha. Ok, itu tipu aje. 

Blogging kontest memang ohsem. Ramai si blogger-blogger suka dengan kontest yang diajurkan oleh blogger mahupun 'syarikat' seperti Nuffnang, DiGi dan sebagainya. 

Tapi, pernah tak tanya pada diri sendiri kenapa join kontest ? apa kebaikan menyertai Kontest selain hadiah ? jom baca sempena Ali dapat menjadi Top 10 dalam DiGi WWWOW Under 15. :)

1. Menghilangkan stress semasa berblogging. =.=
Lega den, stress den sudah kurang dong! -.- (bahasa bugis campur indon)

Berblogging membuatkan anda bosan dan stress. Bila dah bosan berblogging, Mungkin anda akan membuat blog anda bersawang dan tidak menulis entri baru. Tak eloklah macam tu. Jadi, ini ialah peluang 'kebebasan' dan berseronok untuk berblogging.

Get Inspired at The DiGi WWWOW Awards

Mahu tiket percuma untuk Event DiGI WWWOW Awards 2012 ? sila baca sampai habis. :)

Sesi Undian untuk DiGi WWWOW Awards sudah selesai. Dan sekarang tiba masa untuk juri yang mengadili semua kategori dan akan memilih TOP 10. Ali mengucap taniah kepada peserta yang dapat TOP 10. Anda memang WWWOW sangat. Congratulations !


DiGi WWWOW Awards 2011
Ali dapat masuk top 6 dalam DiGi WWWOW Awards Under 15. Pemenangnya ialah Hisyam Wazir. Walaupun Ali tak menjadi juara Under 15 tak bermakna Ali tidak ohsem. Ali kena berusaha lagi dan lagi. Itulah pengalaman yang paling berharga sekali.

Hadiah hebat untuk pembaca tegar blog Ali Basyir. Dan mungkin akan bertambah lagi dan lagi !!!

Hai ! berita baik ! sila happy macam orang gila baru dapat bunga. Jika korang pembaca tegar diblog Ali. Korang berupaya mendapat hadiah-hadiah yang hebat ! Suka tak ?

 Korang boleh tekan pada rewards yang berada di belah kiri blog. Yang berwarna merah. Jika korang buta warna, ia warna biru. hahha.

Sekarang, Ali mahu mencari penaja hadiah untuk blog ini. Jika mahu memberi hadiah kepada pembaca tegar di blog ini. Jadi, hadiah akan bertambah dan bertambah. :)

Antara hadiah-hadiahnya ialah :

1. Template 'Pink dan Peach'
17,000 points untuk seorang sahaja
Jika korang nak tahu, Ali sudah buat satu template blog untuk pembaca tegar. Template ini 100% boleh dikatakan tiada kerosakkan dan ohsem untuk korang gunakan. Jika ada, Ali akan baikinya untuk korang. Free of charge. 

Dengan syarat korang kena ada backup template 'Pink dan Peach'lahh. Baca entri tentang template ini di sini


2. Blog design dari Ali. 
15,000 Points untuk 10 orang sahaja
Mungkin korang dah tahukan, Ali sudah pandai mengdesignkan blog orang lain. Jadi, Ali mahu mencabar diri Ali untuk mendesignkan blog orang lain dengan 10 design sahaja pada pembaca tegar.

Kontest : Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini.

Ali sudah fikir masak-masak, Ali mahu bagi korang templete Blog 'Pink and Peach' ini. ^_^ Ia bahan experiment untuk Ali belajar membuat blog dan ia berjaya atau ayat senang nak paham ialah perfect templete. Bahan bukti ataupun entri mengenai design itu, sila klik sini dengan tikus ajaib anda. -.-

Sekarang, Ali mahu bagi kat seorang yang bertuah. Sila teruja. Ali akan buatkan headernya sekali yang simple. Simple sama macam header itu, tapi Ali tukarkan kepada nama korang sahaja. Tapi korang boleh buat permintaan untuk Ali tepekkan gambar lain macam burger ataupun makcik kantin anda. -.-

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger


Pada hari ini, Ali akan sertai kontest 'Wang Tunai RM5000 untuk Blogger' dari bloggerwanita.com . Ini bersempena ulang tahun ke 2 blog beliau. Jadi, sila teruja ya. -.- Walaupun nama bloggerwanita.com, tapi kontest ini untuk semua jantina kecuali Makyah. hahaha(gelak jahat)

Ali ingin menjemput korang untuk join bersama Ali sebab hanya 100 blogger terawal yang berdaftar saja dipilih untuk merebut RM5000 ! Jadi, tulis entri cepat-cepat dan hantar ke blog Aya.

Untuk mendapatkan duit itu, setiap satu trafik yang disumbangkan ke blog bloggerwanita.com akan dibayar sebanyak RM0.05 per 1 trafik. Jika seorang blogger mampu membawa 10000 trafik ke blog bloggerwanita.com. Maka bayarannya ialah RM500 (RM0.05 X 10000). Kalau 100000000000 ? darab dengan RM0.05 jadi dapat jawapannya... Itu pun kena ajar ke ? -.-






Contest Blog Paling cantik dari Fyzalife.

Hari ini, Ali demam dan tak dapat datang sekolah. Kepala macam ada batu, tekak macam ada susu pekat F&N yang basi punya. Tapi,bila laptop depan mata saja. Dengan ajaibnya kesakitan itu hilang. Serius !

kalau nak sihat, Ali kena hentuk sikit kepala kasi sihat sebab esok nak sekolah. hahaah XD Dalam kamus hidup Ali, mana ada ponteng sekolah punya. Serius tak tipu.

Ali sudah masuk contest blog paling cantik dari Fyalife. Saja mahu cuba nasib dengan blog ini. Jadi, Ali nak semua pembaca di blog ini supaya masuk sekali dalam contest ini !!! Syaratnya kacang saja.


1. Follow blog Fyza (WAJIB) FYZALIFE
2. Like page PRINCESS FYZA
3. Sertakan link contest blog anda di ruangan komen sahaja
4. tarikh tutup 29.2.2012
5. Membuat satu entry di blog anda tentang contest di blog fyza
- simple2 saja asalkan ada tentang entri contest blog fyza kat entry korang .. juz cukup kan syarat je :))SENANGKAN :) jangan lupe sertakan link blog fyza ok :) ini link blog fyza : CONTEST BLOG CANTIK :)

tuan empunya contest akan menilai blog dari segi kekemasan dan mengikut tema. Blog harus ringkas, cantik dan menarik ! Jikalau korang dapat ikut kesemuanya, korang akan dapat hadiah yang ohsem dari beliau ! Terima kasih kepada pihak sponser iaitu Princess FyzaNur EzzatitehaaNFMAFFECTIONtaleMy Online DiaryKHAIRUNNISAepyfiqah dan TALKDRAMALOVE







Pemenang 'Grand Prize' akan mendapat:
1 X Baju BLOUSE
1X CASH RM50
1 X HandBag Esklusif bernilai RM25
2 X Shawl dari Sponsor Shawl
3x headear percuma & edit (ikot name blog)
(Jikalau pemenang itu lelaki shawl ini akan di tukar kepada PERFUME DASHING )


2nd PRIZE pula :
1 X CASH RM30
1 X set earring 
1 X t-shirt ladies
2x header percuma & edit (ikot name blog)


3rd PRIZE hadiahnya ialah :
1 X top up rm 10
1 X Vintage Purse 
1 X key chain from pulau pangkor :) 
1x header percuma & edit(ikot nama blog)


CONSOLATION PRIZES (5 winner) 2x TOP UP RM5
2xHEADER SIMPLE 
1x FULL DENIM TEMPLATE
2x WATERMARK
3x headear percuma & edit (ikot name blog)

PS : hadiah bukannya tujuan utama. Tapi bonas bagi Ali. Yang penting blog ni kenali ramai orang. 

 
Design By AliBasyir