Get Inspired at The DiGi WWWOW Awards

Mahu tiket percuma untuk Event DiGI WWWOW Awards 2012 ? sila baca sampai habis. :)

Sesi Undian untuk DiGi WWWOW Awards sudah selesai. Dan sekarang tiba masa untuk juri yang mengadili semua kategori dan akan memilih TOP 10. Ali mengucap taniah kepada peserta yang dapat TOP 10. Anda memang WWWOW sangat. Congratulations !


DiGi WWWOW Awards 2011
Ali dapat masuk top 6 dalam DiGi WWWOW Awards Under 15. Pemenangnya ialah Hisyam Wazir. Walaupun Ali tak menjadi juara Under 15 tak bermakna Ali tidak ohsem. Ali kena berusaha lagi dan lagi. Itulah pengalaman yang paling berharga sekali.

Disana, Ali dapat berjumpa warga Amanz, Anwar Hadi, Mialiana, Mak Dara dan para blogger yang lain. Anwar Hadi telah menjuarai 3 kategori iaitu “Must Follow Personality”, “Video of the Year”, dan “Blogger of the Year”. Taniah kepada Beliau.

Ali bersama Anwar Hadi. Muka macam 
tah apa-apa je =.= 

Terima kasih kerana menjemput saya dalam digi WWWOW Awards untuk tahun 2011. It gain my 'semangat'. Tahun depan(2012), Ali pastikan ia menggila lagi dan lagi ! merekalah inspirasi Ali untuk berjaya. Ya, semua sekali ! sampailah menjadi begini.

Yang paling penting, Aiz ialah sumber inspirasi yang paling utama bagi Ali.

DiGi WWWOW Awards 2012
DiGi WWWOW Awards akan menaburkan tirai pada 9 Jun 2012. Upacara gilang-gemilang akan bermula pada pukul 7.30 Malam di D’House. Ini bermakna peluang kedua untuk Ali memasuki Under 15 buat kali terakhir. Umur sudah meningkat.

Untuk keteranggan lanjut, anda boleh ke laman web DiGi di sini.

Jika ada tiket lebih, Ali mahu mengajak kawan-kawan Ali untuk berkongsi 'kegembiraan' Ali disana.   Mereka sudah menolong mempromosikan blog ini. Ali mahu menghadiahkan tiket ini dan mendapat pengalaman ke sana. *mereka cemburu bila Ali dapat jumpa Anwar Hadi :P

Mungkin Ali boleh buat 'rombongan cik kiah' untuk kesana. Ataupun buat lawatan sambil belajar disana. haha.



PSssssst : 
Mahu tiket percuma untuk ke Event DiGI WWWOW Awards 2012 ? sila ke sini. Anda perlu membuat entri yang bertajuk 'Get Inspired at The DiGi WWWOW Awards'. Digi mahu memberi 12 pasang tiket untuk anda semua !

Jangan lepas peluang untuk berjumpa dan melihat setiap inci para top blogger Malaysia ! Serius jangan. Tarikh tutup, 1 Jun 2012. Diharap pihak Digi akan melanjutkan tarikh sampai 5 jun. :)

Kalau Ali dapat tiket. Siapa nak ?

0 comments:

 
Design By AliBasyir