Terima Kasih Untuk DiGi WWWOW Awards Kategori Under 15.

Saya ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengundi Ali dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15 kepada semua kawan Ali yang cantik&ensem dan juga para bloggers yang mengundi Ali.

Segala yang Ali buat ini, ialah dari titik peluh Ali dan juga pertolongan ayah. Mungkin, kalau tengok-tengok di blog orang lain. Sampaikan ada yang kawan-kawan yang lain promote dengan letak gambar, buat kontest dan macam-macam lagi.


Tapi Ali, tiadalah seperti begitu. Mungkin sebab Ali ni bukanlah blogger yang perpegaruh dan tidak mempunyai kawan-kawan blogger yang ramai. Peribahasa moden yang berbunyi 'Budak baru nak UP' mungkin secocok dengan Ali. =..= 

Ramai juga para blogger yang Ali kenal yang menolong Ali untuk berjuang dalam DiGi WWWOW Awards. Tak sampai pon 100 orang, boleh dikira dengan jari kaki anda. ^_^ Terima kasih sangat . kerana menolong Ali. Mungkin, Ali tidak dapat membalas jasa undian yang anda berikan. Moga Allah SWT saja membalasnya jasa anda. Amin.

Mungkin rezeki Ali jika dijemput untuk mengambil hadiah tahun ini. Diatas ini ialah gambar semasa DiGi WWWOW Awards 2011.

Serius kut, Ali masih mencari blogger yang sebaya dan betul-betul ngam dengan gaya Ali. Masih tidak jumpa mencari kawan blogger yang ohsem dan hebat. Mungkin jika Ali melayan budak besar, mungkin Ali dilayan macam budak hingusan. Serius. T_T

Ali harap, blog ini akan menjadi lebih hebat dan ohsem akan datang.

PSsssst :
Maaf kerana Ali tidak mempublish entri-entri dalam minggu ini. Minggu ini, Ali ada ujian pertengahan tahun PMR dan mungkin Ali tak dapat nak meroyan dalam blog ini. Maaf lagi sekali lagi sebab tak menulis entri yang ohsem untuk anda.

0 comments:

 
Design By AliBasyir