SEO bermaksud Search engine optimization. SEO bagaikan nadi blog. Kalau korang tidak pandai menggunakan SEO, mungkin korang tidak akan berada di atas ranking Google dan mungkin payah untuk mendapat pembaca blog. Ali senaraikan 10 mitos dan penipuan yang merugikan korang.
Kalau korang nak tahu, blog ini baru dibina pada bulan Febuari 2012. Dan sekarang, blog ini sudah berada dalam 2,300 gitu di ranking alexa .
1. Kena Update Content Setiap Masa.
Maksud ayat 'update content' disini amatlah umum. Ia bermaksud meng-updatekan sesuatu benda pada blog korang seperti tulisan entri, video, audio, gambar dan macam-macam lagi.
Pernah tak korang mendengar ayat macam ini ?
“Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa.”
Pak Cik Google sentiasa minum air tonik untuk membuat kerja mencari data-data tanpa rehat. Ia untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka. Simpan data ini kedalam kepala otak korang. -.-
Solusi?
Google mahukan entri yang ohsem. Jadi, korang kena selalu menulis entri 2 atau 3 dan buatkan jadual secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran blog korang pada setiap masa. Jadi, korang tidaklah penat untuk meng-updatekan blog korang setiap jam dan saat.
2. Patah Kata Mesti 1,000 Ke Atas.
Pernah dengar pasal teknik SEO ini ? Ali pernah dengar tentang teknik ini. Tapi, Ali tidaklah menggunakan teknik ini sebagai rutin menulis Ali. Sakit kut menulis lama-lama macam ni. -.-
Ada yang berpendapat, lagi banyak patah kata, lebih tinggi peluang untuk berada dalam kedudukan teratas enjin carian.
Satu soalan untuk korang, adakah entri blog yang panjangnya lebih kurang 111 CM dibaca habis ? Mejoritinya semua orang takkan membacanya sebab melayu malas membaca, dan ia akan menyumbangkan bounce rate pada blog orang lain dan memang tak cool bila ade bounce rate yang tinggi pada blog korang.
Jadi, Google juga macam orang juga. Tidak semestinya entri yang panjang menjadi pilihan utama mereka.
Solusi?
2 sebab untuk pembaca membaca entri korang ialah untuk mendapat ilmu dan belajar sesuatu yang baru pada entri korang. Antara slogan yang boleh digunakan pada 'budaya' penulisan entri korang ialah 'Hidup untuk memberi' dari DenaiHati. Cuba hayati slogan itu betul-betul. Ali sudah. :D
Pendapat-pendapat yang dikemukan oleh pakar pemasaran SEO menyatakan perkataan minimum dalam satu artikel adalah 400 patah kata.
3. Syarikat Servis Pemasaran SEO Ada 'Ong' Di Blog Korang.
Ada segelintir blogger melanggan servis pemasaran SEO untuk blog diorang, Dengan harapan yang tinggi begunungkan Everest Kinabalu untuk dapatkan kedudukan tertinggi di Google.
Hakikatnya, janji manis mereka seperti berbunyi 'Google Approved', 'Partner with Google' dan sebagainya adalah mitos semata-mata.
Lakukan kajian dan dahulu tentang syarikat pemasaran SEO sebelum menggunakan mereka sebagai 'kawan mengfemeskan korang'.
4. 'Boost Ranking' dengan XML Sitemap.
XML Sitemap memang fail untuk membantu korang naikkan Ranking Alexa pada blog korang. Walaupun ia memudahkan navigasi Google spider/bot, tapi ia tidaklah bermakna ia akan membantu korang dalam pemasaran SEO.
Solusi?
Bagaimanapun setiap blog disarankan menyediakan fail sitemap.xml di blog korang. Ia memang memudahkan kerja Pak Cik Google. Tapi, tidaklah membantu sangat untuk SEO jika blog tidak memuaskan pada seluruh dunia.
5. Google Sayang Kita Jika Ada Meta Tags
Dalam satu ayat yang dinyatakan oleh Stephen Spencer, penulis Search Engine Land.
“Menghabiskan masa untuk meta tags adalah aktiviti yang merugikan.”
Meta tags kini sudah tidak dipandang dan mungkin sudah tidak digunakan lagi oleh Google. Kerana sebelum ini terlalu ramai orang yang cuba memanipulasi meta tags.
Solusi?
Jangan terlalu fokus dan taksub pada bahagian ini. Walaupun Google menyatakan meta tags sudah tidak digunakan dalam sistem mereka, tapi korang boleh saja meluangkan masa untuk mengisinya.
Mane lagi 5 mitos pemasaran SEO yang fail lagi ?
0 comments:
Post a Comment