SEO bermaksud Search engine optimization. SEO bagaikan nadi blog. Kalau korang tidak pandai menggunakan SEO, mungkin korang tidak akan berada di atas ranking Google dan mungkin payah untuk mendapat pembaca blog. Ali senaraikan 10 mitos dan penipuan yang merugikan korang.
Kalau korang nak tahu, blog ini baru dibina pada bulan Febuari 2012. Dan sekarang, blog ini sudah berada dalam 2,300 gitu di ranking alexa .
1. Kena Update Content Setiap Masa.
Maksud ayat 'update content' disini amatlah umum. Ia bermaksud meng-updatekan sesuatu benda pada blog korang seperti tulisan entri, video, audio, gambar dan macam-macam lagi.
Pernah tak korang mendengar ayat macam ini ?
“Untuk sentiasa berada di kedudukan tertinggi enjin carian, pemilik laman web mesti mengemaskini content mereka setiap masa.”
Pak Cik Google sentiasa minum air tonik untuk membuat kerja mencari data-data tanpa rehat. Ia untuk memaparkan maklumat relevan yang dicari oleh pengguna mereka. Simpan data ini kedalam kepala otak korang. -.-
Solusi?
Google mahukan entri yang ohsem. Jadi, korang kena selalu menulis entri 2 atau 3 dan buatkan jadual secara konsisten bagi mengekalkan kesegaran blog korang pada setiap masa. Jadi, korang tidaklah penat untuk meng-updatekan blog korang setiap jam dan saat.




