Steve Jobs - Pak Cik yang ohsem ?

Beliau ialah pengasas produk Apple. Pada usia 56 tahun, beliau digelar sebagai bapa inovasi, khususnya dalam industri teknologi maklumat. Ohsem sungguh weii...

Pada zaman dulu,  VCD player sudah cukup untuk memuaskan hati penggemar lagu. Tetapi, Beliau beranggapan sebuah teknologi yang lebih ohsem mampu mengubah persepsi pengguna agar nampak lebih bergaya dan ohsem bila menggunakannya.

Beliau adalah seorang yang mempunyai visi yang jauh dan mempunyai kuasa untuk mengubah dunia. Pada tarikh 5 Oktober 2011, seluruh negara dikejutkan dengan berita pemergian Steve Jobs.

Musuh ketatnya dan juga kawan beliau iaitu Bill Gates turut merasa sedih kerana dunia telah kehilangan seorang inventor yang ohsem. Baginya, Steve Jobs bukan sahaja seorang inventor, tetapi Jobs mempunyai gaya fikir luar biasa dan lebih jauh.

Psssst: Di rumah Ali, semua gajet ialah produk Apple. Ali memang suka pakai Apple. Blogging ni pon pakai Macbook. ^_^

Satu Nama, Mengubah Dunia
Beliau dibesarkan dalam suasana keluarga angkat (Paul Jobs dan Clara Jobs) di California. Ketika beliau muda, keluarga angkatnya merangcang untuk menyambung pelajaran di Reed College.

Mungkin korang semua tahu, Beliau tidak berjaya menamatkan pelajaran beliau tetapi beliau masih terus menghadiri kelas kaligrafi di kolej. Beliau menjual botol Coke untuk menampung kehidupan sehariannya di universiti.

Macbook Air menjadi impian Ali untuk memilikinya. Tapi, Undilah Ali dalam  Under 15 Digi WWWOW Awards untuk Ali miliki Macbook Pro pula. klik sini. :)

Dengan kelas kaligrafi, Syarikat Apple sudah menjadi ohsem di mata dunia. Kata beliau dalam ceramah penghormatan di Stanford University.

If I had never dropped in on that single calligraphy course in college, the Mac would have never had multiple typefaces or proportionally spaced fonts.

Hujahan beliau memang begitu bermakna. Sekiranya ilmu yang kita hanyalah belajar tetapi tidak menggunakannya. Ia ibarat pokok yang lebat tidak berbuah. Jadi, gunalah sebaik mungkin.


Resepi Rempah Kari Kejayaan.
Setiap manusia di muka bumi ini tidak akan terlepas daripada situasi jatuh bangun, khususnya apabila berniaga atau ketika berusaha untuk mencapai impian yang diimpikan.

Beliau mempunyai aset bernilai USD7 bilion dan memiliki sebuah syarikat yang besar tidak boleh dicapai dalam satu malam. Sebelum beliau merasai nikmat kejayaan, Steve Jobs merasai dahulu keperitan, kepayahan dan kesengsaraan dalam kehidupan dan bisnes beliau.


Beliau pernah dilucutkan jawatan dalam syarikat sendiri dan gagal dalam pembangunan syarikat NeXT. Beliau tidak mengangkat bendera putih (mengaku kalah).

Bagi yang mahu menjadi usahawan. Sikap ini merupakan sikap wajib dimiliki dalam diri iaitu tidak mengaku kalah. Berniaga ini ibarat perang.

Sekali kita angkat bendera putih, maka selamanya kita akan terperap dalam skrip kegagalan.

Personaliti Diri Yang Ohsem.
Ramai yang suka berkerja dengan beliau kerana sika agresif dan gaya fikirnya untuk menghasilkan yang luar biasa. Tapi, ada juga yang memandang sikap ini sebagai satu sikap yang sia-sia.

Masa beliau muda-muda dulu, dia memang hensem. 

Menghasilkan sesuatu yang belum pernah dihasilkan oleh orang lain ialah satu tindakan yang membazir masa, menghadapi risiko yang tinggi dan mungkin dapat kerugian berbilion ringgit. Ia mungkin rugi masa selama bertahun-tahun kerana mengusahakan sesuatu yang tidak pasti.

Bagi Steve Jobs, selagi beliau mahu produk itu disiapkan, maka ia mesti disiapkan. Walau apa jua cara sekalipun.

Beliau Berjaya Sebelum Mati.
Pemergianya pada tarikh 5 oktober 2011 cukup memberi impak dan kesan terhadap penduduk bumi. Ia menghidap penyakit barah Pankreas.Steve Jobs sudah berjaya mengubah dunia menjadi lebih baik dengan teknologi untukk memudahkan lagi manusia.
Korang boleh beli buku beliau. Kalau tak silap ia berharga RM100. Mungkin.

Kini, Apple sudah menjadi satu jenama yang hebat. Malah, Apple juga sebuah simbol teknologi yang menguasai dunia. Steve Jobs telah berjaya mencapai cita-citanya, untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memberikan 1001 kesenangan kepada kita semua.

Bagi korang yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu, jangan berputus asa di situ. Berusahalah dengan gigih dan bersabarlah sebelum menikmati kejayaan.

Bagi Ali, Beliau ialah pencipta yang paling berjaya. Dan satu-satunya CEO yang memakai T-shirt dan seluar jeans sahaja. 

0 comments:

 
Design By AliBasyir