Perancangan Ali Untuk Cuti Sekolah ni...

Untuk cuti 2 minggu ini, Ali menghabiskan masa dengan ulang kaji mata pelajaran form 1 sampai form 3 dan membaca 3 buku novel bertemakan thriller, bukan novel cinta ok ! Geli kut. -.- Buku yang Ali baca dalam cuti ini ialah Impiana IIImpiana Misteri Terbongkar dan Detik Debar.

Impiana
Anda patut baca buku Impiana ini sebab Ali memang Highly recommend ! Impiana karya Ain Maisarah, ia mengisahkan sebuah Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian dalam masa 3 bulan !

Mahu menjadi kaya,cantik, kurus, putih dan segala impian yang impikan mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Cara mendaftar senang je, pastikan ada RM7000 dan semuanya di hujung jari.

3 bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu…



PMR sudah dekat...
Ali sudah tidak menghabiskan banyak masa dengan blog lagi dah. Harap maklum, sebabnya PMR sudah dekat. Dan Ali masih tak buat persediaan apa-apa lagi.

Mungkin Ali akan publish 1 entri untuk seminggu. Tapi Ali akan buat kelainan sikit, Ali akan buat macam viperchill. Beliau mempublish 1 entri dalam sebulan. Gila kan ? Tapi, entri beliau memang panjang entrinya ialah 100 meter. -.-

Tapi, Ali akan buat entri pendek sedikit dari entri viperchill tersebut. Semua orang tahu kan, Melayu malas membaca ? Kalau Ali buat macam Viperchill, memang takkan orang membaca entri itu sampai habis.

Viperchill
Beliau ialah tok guru Ali untuk belajar tentang blog, SEO dan banyak lagi. Entri dia memang panjang berjela dan banyak ilmu dia beri kepada Ali. Mungkin korang boleh belajar dari entri-entri beliau. 1 entri untuk sebulan. 

Memang panjang dan tidak terbaca untuk orang yang bukan kaki membaca. Klik sini untuk ke blog beliau.

0 comments:

 
Design By AliBasyir