Untuk cuti 2 minggu ini, Ali menghabiskan masa dengan ulang kaji mata pelajaran form 1 sampai form 3 dan membaca 3 buku novel bertemakan thriller, bukan novel cinta ok ! Geli kut. -.- Buku yang Ali baca dalam cuti ini ialah Impiana II, Impiana Misteri Terbongkar dan Detik Debar.
Impiana
Anda patut baca buku Impiana ini sebab Ali memang Highly recommend ! Impiana karya Ain Maisarah, ia mengisahkan sebuah Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian dalam masa 3 bulan !
Mahu menjadi kaya,cantik, kurus, putih dan segala impian yang impikan mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Cara mendaftar senang je, pastikan ada RM7000 dan semuanya di hujung jari.
3 bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu…




