Showing posts with label Hujah Ali. Show all posts
Showing posts with label Hujah Ali. Show all posts

Why With Me ?? What is Wrong With Me ?

Entri ini ditulis dari otak terus ke tangan tanpa berfikir panjang. Serius tak tipu. Bila dilihatkan pada blog ini, memang sunyi dari entri mahupun komen. Tetapi, Walaupun tiada entri baru, Blog ini masih kekal ranking alexa dan trafik. Memang Ali bangga dengan blog Ini. Harap sangat blog ini dapat pergi jauh...

Cuti ini, Memang Ali lupa tentang 'blogging'. Asyik-asyik dengan perangai tidur lewat, main game dan baca novel. Melupakan 'blogging' bukan sebab malas berblogging tapi sebab ketika Ali berblogging, tiada 'FUN' ketika berblogging. 

Biasalah, remaja. Semua benda nak seronok. Kalau boleh belajar pun nak seronok. Itu mungkin boleh jadi. Hakikatnya, belajar memang bosan. Cuba tanya pada sesiapa 'best tak belajar ?'. Mungkin ada yang menjawab 'best' tapi ikut majoriti jawab 'tidak'.

Perancangan Ali Untuk Cuti Sekolah ni...

Untuk cuti 2 minggu ini, Ali menghabiskan masa dengan ulang kaji mata pelajaran form 1 sampai form 3 dan membaca 3 buku novel bertemakan thriller, bukan novel cinta ok ! Geli kut. -.- Buku yang Ali baca dalam cuti ini ialah Impiana IIImpiana Misteri Terbongkar dan Detik Debar.

Impiana
Anda patut baca buku Impiana ini sebab Ali memang Highly recommend ! Impiana karya Ain Maisarah, ia mengisahkan sebuah Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian dalam masa 3 bulan !

Mahu menjadi kaya,cantik, kurus, putih dan segala impian yang impikan mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Cara mendaftar senang je, pastikan ada RM7000 dan semuanya di hujung jari.

3 bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu…

Perubahan Diteruskan Pada Blog Ini ! Ohsemkan Lagi Dan Lagi !!!

Melayan lagu Pumped Up Kicks dari Foster The People sambil mengeleng kepala gaya ragae. Ke kiri dan ke kanan. That's my only favorite song while blogging. Tertimbul idea untuk design balik blog ini. Tambah pula. Ali mahu buat blog ini WWWOW lagi ohsem di mata juri.

Selain dari design, Ali mahu buat satu lagi niche iaitu Exam paper yang boleh di dowloand. Untuk budak-budak berumur 18 tahun kebawah 'melepak' di blog ini. Tak salah mencuba benda baru. Berguna kut, Ali pun boleh dowloand kalau mahu....

Terima Kasih Untuk DiGi WWWOW Awards Kategori Under 15.

Saya ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengundi Ali dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15 kepada semua kawan Ali yang cantik&ensem dan juga para bloggers yang mengundi Ali.

Segala yang Ali buat ini, ialah dari titik peluh Ali dan juga pertolongan ayah. Mungkin, kalau tengok-tengok di blog orang lain. Sampaikan ada yang kawan-kawan yang lain promote dengan letak gambar, buat kontest dan macam-macam lagi.


Tapi Ali, tiadalah seperti begitu. Mungkin sebab Ali ni bukanlah blogger yang perpegaruh dan tidak mempunyai kawan-kawan blogger yang ramai. Peribahasa moden yang berbunyi 'Budak baru nak UP' mungkin secocok dengan Ali. =..= 

Buat grafitti dalam tandas sekolah nak ?

Di sekolah Malaysia, Cikgu memang tak sangup pergi masuk dalam tandas murid lelaki. korang takkan masuk punya tandas lelaki pasal pelajar lelaki peragai hodoh-hodoh belaka dalam tandas ni. Cikgu suka masuk tandas vip je.

Abaikan saja peragai hodoh pelajar lelaki tu, malu kut kalau perempuan baca. Banyak pelajar peragai hodoh-hodoh buat dalam tandas lelaki. Macam buat istana pasir, main paintball, main nyorok-nyorok dan main basikal . Memang hodoh kan ? =.= Abaikan saja bende ni.

Memang sekolah dengan vandelisma tak boleh dipisahkan. Pengetua asyik-asyik membebel je masa perhimpunan. Budak-budak yang tak bersalah pula kene bedah telinga sebab paksa dengar pembebelan cikgu. -.-

Psssst: Jika korang suka dengan apa yang Ali menulis, Tolong like facebook Ali Basyir. Klik sini laju-laju ya ! Kita boleh bual-bual kat sana...

Di Malaysia, seni grafitti di tandas sekolah terdiri daripada iklan lucah atau tulis nama orang macam 'cikgu math saya buncit' menggunakan liquid paper atau pen marker. Itu pelukis amatur dan memang nampak tak gah, dan tak boleh nak lawan dekat dinding lokang sungai klang. It's so lame.

Di Perancis seorang artis grafitti yang menggelarkan dirinya Decktwo yang menghasilkan seni grafitti yang lebih berkualiti dari budak-budak hodoh. Diharapkan sekolah di Malaysia dapat ambik Decktwo untuk contengkan tandas yang sedia ada kat sekolah. Sekurang-kurangnya grafitti dia cantik dan takde iklan "gay sedia berkhidmat 012 345 6789"


Kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini.' dibatalkan. T_T

Maaflahnya, Kontest ini hanya ada sedikit orang menyertainya. Memang rasa hampa sangat-sangat. Tambah pula, Ali  sekarang tengah berperang dalam Digi WWWOW Awards kategori Under 15. Jadi, bertambah pening nak bahagikan masa dengan belajar, kerja sekolah dan kacau anak dara orang. -.-

Pernah sekali, hari kedua Digi WWWOW Awards berlansung. Ali boleh dapat buku lima dari cikgu sekolah. Ali taknak cerita lebih. Nanti cikgu baca entri ini pulak, tak pasal-pasal kena buku lima kuasa 2. -.- Mungkin buku lima kuasa 4 berbaucar surat amaran keras.

Naaaaaaaa..... bukan serius sangat punlah. Kena rotan sebab kerja sekolah je. Rekod masih bersih lagi. Suci bak susu kambing campur freash oren.

Menjadi blogger serius mesti pandai mengurus masa dan bijak mengatur masa. Dan Ali, boleh dikatakan gagal dengan perkara tu. .Tapi boleh lagi membetulkan keadaan. Di mana takdelah teruk sangat sebenarnya perkara ini.
ini semua kerana WWWOW. Ali tak dapat nak bagi masa. Harap pahamlah

Maaf kepada siapa yang hantar entri korang. Harap maafkan Ali ini. Cukuplah cikgu rotan Ali. T_T Jangan nak menambahkan lagi. *muka simpati. hehe

Tapi, Ali letak juga hadiah kontest itu dekat rewards. Belah kanan yang berwarna merah tu. Jadi, dengan ini. Saya mengistiharkan bahawa kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini dibatalkan.

Harap maklum. Kalau korang tak paham, sila baca entri ni 99 kali. -.-

Mahu mencari penaja untuk membuat Kontest.

Berita gembira ! sila happy. -.- Ali akan buat sebuah Kontest 'Rebut templete Blog 'Pink and Peach' ini'. Ali sekarang mencari penaja untuk memberi pemenang bagi menghangatkan kontest ini. Jadi, sesiapa yang ada  yang mahu untuk menaja hadiah sila ke facebook ali dan klik pada message ataupun klik saja pada contact me di atas tu dan isi borang itu.

Sila undi Ali dalam Digi WWWOW Awards 2012 kategori under 15 nantinya !!!

Testing post guna iPod. ^_^

Hai ! Maaf sebab lama tak post entri, ali sangat sibuk sangat pada tahun ni. Maklumlah, tahunkan PMR. Kenalah buat yang terbaik dalam ujian akan datang. Dan lagi satu, Ali sekarang tengah menyiapkan folio untuk subjek Geo dan Sej.

Fikir senang ke nak buat folio bertaraf PMR ni? Ali kena lawat tempatan kajian lagi, kena cari maklumat dari internet dan macam-macam lagi. Tarikh berakhirnya bulan mei ni. ^_^ Jadi, Ali bolehlah 'galok' memblogging.

Cantik tak fan page cover Ali ?

Harini Ali sebuk, jadi Ali tak dapat nak curi masa nak menulis entri. haaahh !! tidakk !!! -.- Ali akan menulis entri yang best-best untuk korang. Janji Ali. insya allah... Oh ya ! tolong undi Ali untuk Digi WWWOW Awards 2012 kategori Under 15 nantinya ! 

sila lawat ke fan page Ali dan like ye. :) Klik sini.

Design blog khas untuk adik Ali.

Fuuh ! minggu ni sungguh memenatkan. Ali tak boleh nak tulis entri yang panjangnya 3KM. -.- Ali sekarang sudah siap bina satu template blog khas untuk adik ali, Muna Aqilah Bin Basri. Dulu, adik ali selalu jeles dengan Ali sebab ada blog yang boleh dikatakan berjaya dalam blog ni. Nah ! ambik kau adik ! haha.

Korang boleh tengok blog ini dengan klik sini laju-laju. ^_^

Ali buat sidebar dia kecik sedikit sebab Ali nak galakkan dia menulis dengan banyak panjangnya 90 Kilometer. ^_^ Ali juga nak pandangan dari korang tentang design blog Muna ni, ada atau tidak cacat cela tentang blog ini. Korang boleh komen pandangan korang di bawah ni !

Ini baru permulaan untuk Ali mencipta template blog untuk orang lain. Dengan mengikut kehendak orang yang sedikit cerewit. Tapi, alhamdulillah misi berjaya. Beri tepuk tangan sedikit. :)

Blog Muna siap ditaja oleh mykiddyclothes tau !





Kenapa berblogging ?

Haritu, Ali ada terbaca sebuah entri dari Denaihati. Ali baca sampai habis yang bertajuk "Sebab mereka berblogging bagaimana pulak anda". Jadi, Ali pon tertanya pada diri Ali sendiri. Kenapa Ali memilih berblogging ? Kenapa tak pilih kacau bini orang atau kacau emak orang ? =.=

Jadi, Ali blogging sebab apa ? Banyak jawapan dalam pemikiran Ali. Duit bukan tujuan pertama. Tapi, hanya bersuka-suka dengan trafik dan dapat kawan baru. Oh ye, Ali memang ketagih juga blogging. Dengan berblog, kita akan menulis entri. Sebelum nak tulis entri, kita kene membaca untuk dapat info, gaya penulisan dan banyak lagi.

Ali nak membetulkan bahasa Ali, memang 'fail' betul dalam bahasa Malaysia. Jadi, Ali akan buat cerpen banyak-banyak kasi ayat mantap dan Ali akan buat novel. Serius, Ali memang nak buat novel. Tapi, bukanlah novelis sepenuh masa.

Link ini di copy, di entri denaihati. Banyak jawapan dari semua blogger. Apa pula sebab korang blogging ?

Kesilapan kita sendiri menyebabkan mood blogging down.

Perkara macam ini banyak berlaku dan Ali percaya semua orang pernah merasai mood ini. Tidak terkecuali juga dengan Ali. Ali memang tak suka betul bila mood down macam hidup kurang enak tanpa berblogging. Banyak sebab yang menyebabkan mood kita down. Entri ini ditulis kerana Ali mood down ketika berblogging. Jadi, Ali disini nak panaskan topik ini. Memandangkan mood Ali down, Ali dah tahu dah penyebabnya...

Ali perhatikan diri Ali sendiri, selalunya mood Ali down apabila visitor kurang, komen tak banyak, ranking alexa menurun dan macam lagi. Dulu, bukan main happening lagi sebab blog ni terus naik ke ranking alexa dalam 3,000 lebih. Jadi, masa tu mood tu ghairah dengan menulis entri dengan happening gila.

Jadi, Ali dah kaji sampai berdarah hidung. Asal mood down ? atau erti kata lain, asal tak ada mood nak menulis entri ? Bila di kaji bagai doktor pakar mata. haha. Rupanya hanya satu saja kesilapan Ali. Kesilapan inilah yang membuatkan mood Ali down. Ali yakin semua orang juga melakukan kesilapan ini. Iaitu "NIAT".

Apa niat kita berblogging?
1. Kalau niat nak duit, kompem mood down kalau tak dapat duit...
2. Kalau niat nak trafik, Kompem mood down bila trafik macam ciput
3. Kalau niat nak famous, kompem mood down bila orang maki hamun pula..

hi you all ! i'm famous... 

The conclusion is...
Niat kitalah yang menyebabkan kita down. Jadi, itulah yang Ali perhatikan blogger malaysia kita ni. Niat masing-masing nak duduk dalam top 10 blogger. Pastu kalau jatuh buat super saiya level 20 tak tentu pasal.

The solution is...
Kita yang patut buat sekarang ialah berblogging kerana korang minat sesuatu dan ingin kongsi dengan orang ramai. Jangan nak mengharapkan apa-apa, rezeki kita datang dengan sendirinya. Cakap tentang rezeki, rezeki ni misteri. Kadang-kadang dapat, kadangkala tak dapat dan kadangkala dapat rezeki macam gunung everest. Jadi, Ali tak nak sebut pasal rezeki. Itu semua kerja tuhan.

Have fun blogging :) diminta untuk memberi komen atau sedikit tokok tambah tips ini.






Digi WWWOW Awards 2012 ? hah ?

Hari ini, exam sudah habis. Penuh dengan selamba sakan, jadi Ali ambil cuti sendiri. haha.  Ali tahu hari ini takkan belajar hanya bincang pasal kertas exam saja. Petang tadi, kira-kira pukul 4 gitu. Ali dapat satu berita gembira yang pelik. -.- Tapi memang rasa macam nak terjun bagunan pun ada.

Psssst: minggu ni, Ali ada exam jadi Ali memang tak boleh nak posting entri baru. maaflahnya... oh ya, sekarang dah habis exam jadi jom posting banyak2. yipi !

Yang peliknya, Digi WWWOW Awards belum lagi disebut2 dalam dunia blogging tahun ni. Jadi Ali musykil sikit. Mungkin bulan depan akan diadakan ? Tanya digi. Jangan tanya Ali. Cubalah korang baca ni,
wuhoooooo !!!! Baca dengan teliti. Nanti masuk exam. ^_^

Kalau dapat pergi lagi, Ali nak jumpa Anwar hadi buat kali kedua. :) Harap-harap dapat jumpa mat lufti pula kali ni. Nak juga tengok cik epal depan-depan mata dari setiap sudut 360 darjah. Ali harap benda ini akan benar-benar belaku, tengoklah esok dapat atau pun tidak email dari digi ataupun dia sendiri. :)



Perancangan Ali lepas ini...

Ape perancangan korang untuk blog korang ? seriusli, ape ? Ali dulu tak tahu langsung nak buat apa dengan blog ni. Blog yang kosong putih dari templete minima macam kertas A4 tu. Tapi bila dah mula menulis entri ikut gerak hati baru nampak macam nampak buku masa jawab periksa. haha.

Psst: Blog ini memang asal minima macam kertas A4 dan suka hati Ali lah nak buat apa dengan ini blog. Ali nak buat kapal terbang ke ataupun lukis gambar mona lisa untuk korang tengok sepuas hati. Do you know what i mean ?

Ali mahu buat blog ni suka hati Ali je. Suka hati Ali bukanlah maksud bebas tapi suka hati Alilah. -.- paham tak ? Tak paham ? Sila baca entri ini sebanyak 33 kali. Terima kasih. :)

Dah baca ? Ali nak buat apa saja, yang boleh buatkan korang terbaca diblog Ali. Blog ni bukanlah nak menulis bebas. Nanti Ali tulis pasal politik tak pasal-pasal kena maki hamun. Ali sebenarnya nak belajar menulis dengan betul sampai boleh buat cerpen ataupun novel dan manalah tahu, kalau ada rezeki dapat buat buku ke ? kita mana tahu.

Kalau tulis novel, nak tulis semua cerita bertema. Romantik hingga ke misteri. haha. Berangan jap. haha

Satu lagi, Ali minat kamera. Kalau ade masa, korang ditanyangkan gambar yang ditangkap oleh Ali sendiri. Jangan pandang rendah dengan budak 15 tahun ni tau ! Tak lupa juga kalau tips bisnes sebab my ambition to be bisnessman !

The moral is...
Korang buat saja apa korang nak, asalkan korang tahu entri korang ade 'emas'. Emas disini bermaksud orang akan baca lagi dan lagi. Macam kongsikan ilmu korang.







Ali masih tak puas hati dengan movie Malaysia.

Hi Semua.. entri ini dari isi hati Ali nak kongsi pendapat tentang Movie di Malaysia ni. Sekarang dah mula nampak dah dia punya 'GAH' movie melayu. Walaupun dah hebat, tapi Ali tetap suka tengok cerita Inggeris atau Cina daripada Malaysia. Kecuali movie Malaysia yang tertentu yang Ali tengok..

Bila nak beli tiket wayang, Ali mesti pilih cerita Inggeris daripada cerita Melayu, takut rugi tak tentu pasal walaupun tak adalah mahal sangat, 10 ringgit je. Tapi, dengan 10 ringgit tulah Ali membeli 'bosan' sepanjang cerita tu. Serius, Ali pernah tengok 1 cerita seram Malaysia dengan takde riaksi takut langsung. Tak tipu ! Fobia dah taku jadi eksiden macam tu.


Pasal apa ? 
Cerita tu low bajet. Tak nampak real langsung pon. Lainlah cerita Inggeris yang berjuta-juta dolar dorang buat. Cuba tengok cerita 'Final Destination 5' memang nampak seram gila, jambatan runtuhlah apalah dan sebagainya. Sekarang, cerita pasal polis2 pun tak best. Tak setaraf Hawai five-0 dan CSI:Miami.

Ali tahu masalah movie negara kita ni. Marketing kecil je di Malaysia ni. Pasal marketing tu, Ali malas nak tulis. Lari tajuk pula, tak pasal-pasal Ali tulis pasal bisness. -.-

Seafood buatan orang Malaysia, terhangat di Korea, Poland dan Rusia. Tak caya klik sini

Ali tabiklah cerita animasi yang bahasa inggeris tu. Malaysia buat dah macam Ali tak kenal itu air tangan orang sini dah. Terkejut pun dah ada. Nafsu membuak-buak nak tengok cerita ni. Tapi, banyak pulak cerita humor yang best. Dan memang cerita humor dan santai selalu orang Malaysia pilih. Tapi, Ali nak tengok cerita aksi setaraf Hollywood. Come on Pengarah ! aku nak cerita best !

Cerita melayu tak adalah semua yang Ali tak tengok. KL Gengster, Ombak Rindu, Hantu Bonceng layan... Mana boleh tak layan. Adalah segelintir yang tak bestnya..

 
Design By AliBasyir