Berapa Kali Saya Perlu Update Blog?

Faktor untuk berjaya dalam dunia blog adalah luas. Keluasanya mungkin 1 alam semesta kuasa 9. Ali pun tak tahu. Antara persoalan yang sering bermain dalam kepala otak blogger-blogger baru ialah berapa kali mahu menulis entri dalam seminggu ??

Cuba tanya pada diri korang. "Berapa kali saya perlu menulis blog dalam masa seminggu?"

Jawapan untuk soalan ini ibarat tiada penghujungnya. Pelbagai jawapan yang diberikan oleh blogger-blogger yang sudah berjaya dalam dunia blog. Korang boleh tanyakan soalan ini pada top blogger Malaysia ataupun tanya saja pada Pakcik Google. Ini adalah cebisan dari Ali untuk jawapan berikut:

Kalau blog berita, Kemaskini entri setiap kali memperoleh berita baru.
Kalau blog peribadi, Kemaskini entri setiap kali ada cerita yang ingin dikongsikan.
Kalau niche blog, Kemaskini entri 3 kali seminggu.

Ketiga-tiga jawapan di atas boleh digunakan dan ada 'power' tersendiri. Mungkin, blog korang ada jadual berapa kali dalam seminggu untuk menulis blog. Tapi ini hanya cadangan Ali untuk korang.

Kualiti, Sesuai, dan Kesanggupan
Sebelum membuat pilihan, Korang kena tahu dahulu perkara-perkara yang penting untuk menulis entri-entri baru untuk blog korang yang ohsem itu.

1. Kualiti entri.
2. Relevan.
3. Kesanggupan diri.

Kualiti Entri.
Menulis entri-entri yang tidak memberikan sebarang maklumat ataupun ilmu adalah usaha yang sia-sia. Selain itu, Manusia juga macam Ali ni sukakan lawak yang santai macam sekarang ? Baik korang gelak. haha -.-

Ramai juga blogger yang rajin menulis blog mereka. Tetapi apabila isi kandunganya adalah bahan ciplak (copy dan paste) daripada sumber lain, ia tidak ubah macam mencacatkan blog sendiri. Sila menulis dengan peluh tangan korang sendiri ataupun olahkan dari blog orang lain.

Sukakah korang ada entri yang sama ? ataupun muka yang sama ?

Relevan.
Satu soalan pada korang. Siapa sasaran pembaca kita ? blog ini diwujudkan untuk golongan macam mana ?? Jika soalan ini sudah terjawab, 100 markah untuk korang. ^_^

Kesanggupan Diri
Adakah korang sanggup menulis entri tiap-tiap hari ? dahulunya, Ali sanggup menulis 1 entri untuk 1 hari. Tapi, ia tak berpanjangan selama-lamanya. Semangat sudah pudar dan jarang menulis entri-entri yang berkualiti. Mengikut kajian, tempoh masa blogger yang rajin menulis entri 1 hingga 3 entri seriap hari hanya mampu bertahan dalam tempoh 4 hingga 7 minggu sahaja.

Mungkin selepas tempoh 7 minggu, blog itu akan bersawang tanpa entri yang baru. Jadi, menulis entri secara konsisten perlu ada dan perlu mengorban masa sedikit untuk menulis entri.

Tapi, ada juga blogger seperti Obefiend yang menulis dalam 10 entri dalam sehari. Blog beliau ditulis bertemakan 'humor' ataupun lawak.

Entri asal.

0 comments:

 
Design By AliBasyir