Apa Kebaikan Menyertai Kontest di blog ?

Fuuh ! terasa bahang DiGi WWWOW untuk ke sana malam sabtu ni. :) Ali beli kasut baru untuk kesana. Bapak pula, melompat sebab anak dapat masuk top 10. haha. *cuba banyangkan dengan  imaginasi anda. Ali terbayang bapa melompat pakai kain pelekat. -.- haha. Ok, itu tipu aje. 

Blogging kontest memang ohsem. Ramai si blogger-blogger suka dengan kontest yang diajurkan oleh blogger mahupun 'syarikat' seperti Nuffnang, DiGi dan sebagainya. 

Tapi, pernah tak tanya pada diri sendiri kenapa join kontest ? apa kebaikan menyertai Kontest selain hadiah ? jom baca sempena Ali dapat menjadi Top 10 dalam DiGi WWWOW Under 15. :)

1. Menghilangkan stress semasa berblogging. =.=
Lega den, stress den sudah kurang dong! -.- (bahasa bugis campur indon)

Berblogging membuatkan anda bosan dan stress. Bila dah bosan berblogging, Mungkin anda akan membuat blog anda bersawang dan tidak menulis entri baru. Tak eloklah macam tu. Jadi, ini ialah peluang 'kebebasan' dan berseronok untuk berblogging.

2. Mencabar diri sendiri.
Sebagai contoh, Jika anda menyertai kontest 'Template blog yang paling lawa'. Anda perlu membuat persediaan awal untuk melawakan blog anda. Memang sukar mencari inspirasi. Tetapi, kena lawan dengan persaing untuk menang. Paham tak ? kalau tak faham, sila baca 99 kali. -.-

Dah baca ? amboi. Ok, Ali terangkan kepada anda. Kita perlu mencabar diri sendiri dan perlu ada pencabar untuk berjaya. Jadi, kontestlah tempat sesuai untuk anda mencabar diri dan pencabar untuk bersaing. 

Tanpa mencabar diri dan pesaing, mungkin anda tidak akan berjaya. (macam Bill Gates dan Steve Jobs)

3. Meningkatkan trafik blog anda.
Anda di depan pentas, 'trafik' melihat anda. Andakan.... 'juara' :)

Sudah semestinya jika anda menang sesuatu kontest. Anda akan menjadi femes dan ramai yang ingin tahu siapa pemenang empunya blog itu. Semua orang akan menatap di blog anda dan mencari 'kenapa Blog ini menang ?' 'kenapa blog saya tak menang ?' gitu.... 

Jika anda memasuki pertandingan besar-besaran seperti DiGi WWWOW Awards atau yang lain-lain. Blog anda mungkin akan ditepekkan di Surat Khabar mahupun TV.

Bagi Ali, inilah hadiah yang paling berharga sekali selain dari hadiah. Hadiah hanya boleh berseronok sahaja dan kenangan. Tetapi, trafik akan membuatkan blog anda maju kehadapan. Bagaimana pandangan anda ? :)

4. Hadiah yang ohsem.
Nafsu anda membuak-buak untuk menyertai kontest. Amboi, nafsu hang.... =.=

Tapi, cuba banyangkan jika anda mendapat sebuah Macbook air dan kamera digital canon 5d mark iii. Siapa taknak melepas peluang untuk memiliki hadiah-hadiah tersebut kan ? Tetapi, bagi pandangan Ali. Hadiah hanyalah hadiah bonus bagi Ali dan hadiah sebenarnya ialah nama dan trafik. Macam Ali tulis tadi. 

5. Mendapat menempa nama.
Jika anda digelar 'Ali The Blogger yang Ohsem'. Memang bangga dalam mimpi. -.- haha. Minta doa kalian untuk Ali bergelar begini. :) 

Ali tidak dapat nak terangkan untuk ini. Tapi Ali sedaya upaya mahu terangkan. -.- Anda femes, mungkin ??? 


Konklusi.
Bagi Ali, 'FUN', trafik, cabaran dan lain-lain adalah hadiah paling berharga berbanding hadiah objek. Tetapi, nafsu mengatakan hadiah objek yang penting. Jangan cakap Ali aje. Anda pon berkata begitu. :P

Kalau anda nak tahu, Semasa Ali menyertai kontest DiGi WWWOW, Ali telah mendapat iklan berbayar di blog Ali iaitu mykiddyclothes. Dan juga designkan blog orang lain iaitu kawan bapa Ali. :) Rezeki menyertai DiGi WWWOW agaknya. 

*mungkin anda boleh menambahkan lagi idea-idea anda didalam blog ini, dengan komen di bawah. :)

0 comments:

 
Design By AliBasyir