Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang. (Part 2)

Ini adalah sambungan entri daripada 'Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang (part 1)'. Maaflah, Ali tak sempat nak menulis secara seluruh sebab tiada masa nak menulis. Jadi, Ali harap korang maafkan Ali ya ? :)

9. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja
Enjin panas lebih berkesan masa kereta bergerak. Panaskan enjin lebih dari 30 saat dapat membazir minyak malah dapat merosakkan enjin.

10. Jangan menunggu dengan enjin masih hidup
Tunggu dengan enjin yang hidup boleh membazir minyak !


11. Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam.
Untuk turun bukit atau jalan rata, sila guna gear 3 atau 4. Jika memandu secara automatik, lajukan kereta korang ke gear 5.


12. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin.
Kalau kereta biasa, 80% daripada campuran bahan api dibakar dengan sempurna. kalau nak naik ke 90% pakailah high frequency converter dalam sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak.
Berhati-hati di jalan raya. 

13. Tinted cermin kereta korang.
Lagi kurang cahaya masuk, lagi bagus. sebab ia berkaitan dengan penggunaan air-cond dan emosi korang.

14. Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N
Sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat

15. Pasang intercooler pada enjin anda .
Bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak.

16. Spark plug perlu dlm keadaan baik.
Yang ni pun kene ajarkan ke ? -.-




0 comments:

 
Design By AliBasyir