3 Saluran Youtube yang ohsem untuk tutorial Photoshop.

Jika korang pro atau separa pro menggunakan Adobe Photoshop, korang mungkin memerlukan saluran Youtube ini untuk belajar benda baru dalam untuk meng-edit gambar yang korang inginkan. Macam-macam boleh buat dengan photoshop. Cuma korang memerlukan bimbingan untuk memahirkan Adobe Photoshop.

Soalan yang sering ditanya oleh pengguna Photoshop ialah dimanakah korang dapat merujuk untuk mendapat tutorial ? mestilah youtube. Tapi, manakah saluran berkaitan dengan Photoshop daripada asas yang cukup menarik dan pandai memainkan pelbagai efek ? Ali rasa, ramai suka mengikuti tutorial melalui video daripada gambar dan lain-lain.

Creative Sweet TV
Melalui saluran ini, Creative Sweet TV bukan saja menawarkan tutorial untuk Photoshop saja, tetapi untuk beberapa aplikasi lain daripada Adobe, termasuk Indesign, Acrobat dan sebagainya...
Saluran ini sedikit aktif daripada Creative Sweet TV, Bagi yang inginkan pelbagai video asas dalam photoshop, mungkin ini akan jadi saluran kegemaran anda.

TutorVid
Untuk TutorVid pula, ia menawarkan pelbagai tutorial Photoshop pada tahap asas dan juga tahap pro super saiya level 50. Ia mempunyai fasa-fasa dalam tutorial dari TutorVid

Mungkin ini dapat membantu korang untuk meng-edit gambar-gambar yang korang inginkan. Sila beri komen jika ada link-link yang menarik di bawah..

Tukarkan gambar entri korang kepada original quality dan lebih cantik !

Setiap kali kita post gambar dalam entry, bila dibesarkan atau dikecilkan. Sudah Pasti gambar tersebut akan jadi low quality. Pembaca pon tak ada lalu nak makan dengan hidangan entri yang korang sediakan. Bila dah tak ada selera nak makan, pembaca akan makan diblog-blog lain.

Ini membuatkan korang rugi dan pelanggan pon lari dengan kualiti gambar yang kurang cantik. So, how to change to original quality? Ok, cara nak ubah quality gambar sangat mudah. Ali tunjukkan cara macam budak tadika.

Step 1: Upload gambar macam biase dekat posting gune Compose

Step 2: Klik laju-laju pada Edit HTML sebelah compose tu.
Step 3: Pastu search s320... Bila dah jumpa, gantikan s320 dengan s1600
Step 4: Done! Publish!


EXAMPLE:

Gambar Low Quality (s320).. 

Gambar yang Low Quality akan jadi blur,pecah dan tak secomel penerajang panda. Perut panda tidak nampak menyerlah dan tak nampak seksi langsung. korang selera ke nak baca entri yang bergambar macam ni ??

Original quality.

Cantik tak? Memang cukup Selera kalau dapat makan kaki panda kan ? Gambar kelihatan sungguh cantik. Kalau  kene penerajang panda pun dah puas hati. Perut pun seksi, tergoda panda-panda betine dekat zoo afrika. -.-

Lepak JinnyboyTV si ohsem di youtube.

Jika korang peminat 'humor' ataupun lawak. Tapi kali ni, lawak English dan Malaysia's English broken.  Korang patut tonton video lawak buatan oleh orang Cina Malaysia dari JinnyboyTV. Memang dikatakan lawak yang boleh membuatkan korang tak kering gusi dan otak korang.

Pada zaman Ali bersekolah lagi, apa yang Ali perhatikan ialah kebanyakkan orang Malaysia memang dari dulu lagi amalkan tradisi "Melayu lepak dengan Melayu, Cina lepak dengan Bangla Cina." -=__= Mungkin sebab Ali duduk di populasi cina yang sedikit.

Psssst: Ali baru saja bangunkan page like blog ini. Sila like kalau sudi. Klik sini slow-slow.

Bersama JinnyboyTV. Maaf gambar tak berapa jelas...

But, i want to say to you all are so lame. Cina ada keunikkan dia, Melayu pon ada keunikkan dia. Kita kenalah tahu luar dari otak pemikiran. Takkan nak lepak dengan kawan-kawan sekaum je ? Rugilah. Tak dapat info dari luar kotak. Korang paham tak ? kalau tak paham sila baca 90 kali. ^_^


JinnyboyTV terkenal di serata dunia. Dan Ali suka dia punya lawak, lawak serius. Bukan lawak bodoh yang dibuat-buat oleh youtubers lain. Ali dah pernah bersemuka dengan Jin (@JinnyBoy) dan Reuben (@reubenkang) semasa pelancaran digi wwwow awards 2012.

The best moment is I laugh a lot when a boy with a big bag. XD

Video baru dari JinnyboyTV. Mengisahkan memori budak-budak persekolah pada zaman 80-an yang tiada internet. Memang ada sedikit sebanyak yang Ali main waktu sekolah rendah macam lawan tindih pemadam, batu semban, diari buku kawan, 'ais krim soda' dan banyak lagi. Tapi, bila dah naik ke tingkatan 1, semua benda tu dah hilang entah kemana. Sekarang payah nak jumpa benda macam ni. Memori..

Maksud abuden ialah pertanyaan yang tak sepatutnya ditanya.

Akhir kata, kita kenalah lepak dengan kaum lain. Kalau dia racist, layanlah orang bukan racist lain. Tinggalkan je orang racist tu jauh-jauh. Ali baru tahu diorang ni masa di Pelancaran Digi WWWOW Awards. Ali memang tak layan English walaupun blog ataupun video. Tapi, boleh dikatakan Ali boleh skor dalam English exam. :3 (taippan muka poyo) 

The last word to say. Awesome videos ! i hope you guys upload more videos.
 
Design By AliBasyir