Alex Tracks : dapat 150 dolar setiap hari dengan jual gula-gula

Entri sebelumnya Ali cakap pasal Raja Guli, di New York, Alex diangkat sebagai Raja Gula-gula !

Siapa sangka jual gula-gula boeh dapat 150 dolar setiap hari ? Pernah tak terfikir nak jual gula-gula saja ? Alex 'Tracks' Mcfarland, berasal dari New York dan hanya berjalan-jalan di sekitar kereta api sambil menjual gula-gula dan memperoleh ratusan dolar sehari !

Cuba banyangkan buat kat LRT Malaysia ni. Mesti kena halau punya ! ali tabiklah budak ni. 150 dolar sehari, kalau sebulan dah dapat kira-kira 4 ribu dolar. Alex dapat menghasilkan duit sebanyak 55,000 dolar setahun !

Dia sudah mulakan bisnes dia sejak umur 11 tahun. Sebab dia lakukan bisnes dia kerana hendak mendapat duit sendiri tanpa bergatung kepada orang lain.

"Dengan menjual gula-gula, Aku dapat mengurus keluarga"katanya sambil senyum.

Memang Ali tabiklah budak ni. Rasa macam nak jual gula-gula je kat sekolah. Tapi mesti Ali yang makan. Haha. Jual sikit je, makan banyak. -.- usaha tangga kejayaan.



Harli Jordean : Raja guli dan CEO termuda berjaya.

Umur berapa korang mahu jadi bisnes yang berjaya ? 20 tahun ? 30 tahun ? 60 tahun ? budak kecil ni berjaya pada 8 tahun. Terus terang dia berjaya. Ali pon cemburu tengok dia. kawan sebaya sedang asyik mengadap komputer, Harli sedang sibuk membeli saham dan pesanan dari pelanggannya.


Di lahirkan di London,UK. Dia menjual guli secara kecil-kecilan dengan menjual kepada kawan-kawan, sampaikan satu waktu, orang tua pun membeli guli dari dia. Disebabkan dia memang obses dengan guli. Terlampau mengumpul guli, dia diangkat sebangai Marble King of Britain Jadi mak dia pon buat satu website guli untuk dia bersama abang dia yang lebih tua. Jadi website dia http://marbleking.co.uk dan berjaya dalam 2 tahun ! Cemburu wei !!!
Dia mula nak membeli guli di internet. Tapi payah nak dapat di jualan online. Jadi dia pon memberi tahu kepada mak dia untuk menjual dan berjaya. Dia telah menjual diluar negara seperti Brazil, Mexico, Tawain, Poland, Greece, Itali, Perancis dan banyak tempat lagi !! Ramai juga orang suka main guli ni kan ?

"Saya suka ada syarikat sendiri dan jadi bos..." kata Harli.

sumber: http://harlijordean.com/ , http://marbleking.co.uk/



1 entri bernilai berjuta dollar !!!

Tengok entri macam dah ghairah mahu baca kan ? Memang tulah lumrah manusia, sesuatu yang dia buat mesti dia nak menunjuk dan membuahkan hasil pada diri. Bukan buat diari, suruh orang baca, tu cari nahas tu ! Nak tulis entri mesti orang nak baca kan ?


Entri yang Ali maksudkan ialah entri tentang tutorial dan tips. kenapa tutorial dan tips ? sebabnya kalau korang buat toturial dan tips, secara tidak langsung korang akan menyumbangkan ilmu korang dekat blogger yang lain. serius, Ali masa nak buat blog ni, Ali cari toturial macam mana nak hide navbar.

Korang juga akan guna balik untuk kegunaan sendiri kan ? jangan nak tipulah, manusia tak boleh
nak ingat kod2 tu semua. 


 
Design By AliBasyir