Cara nak jimatkan minyak untuk kereta korang. (Part 1)

Minyak memang takkan turun harga selama-lamanya. Tunggulah sampai bila. Takkan dapat korang dapat murah kecuali korang beli minyak rambut baby johson. -.- 16 Cara korang boleh amalkan untuk jimat cermat. I think, Malaysia kena amalkan hidup berbasikallah sebab Malaysia tahap obes 2 dari 5 orang. Tengok ahli politik pon ramai orang obes2.

1. Isi minyak dihari waktu sejuk.
Pasal apa ? sebab waktu sejuk dapat mengurangkan gas dalam minyak. Kandungan gas memang banyak dalam waktu siang yang panas. 1 liter diisi akan rugi sebab haba petrol bercampur denan lebihan gas dalam minyak.

2. Isi minyak sampai tangki penuh.
Minyak akan beruap. kalau banyak diisi, banyaklah minyak meruap. Minyak yang meruap tak dapat dibakar oleh enjin. Jadi, kalau nak lagi jimat. Korang janganlah tunggu minyak kosong baru nak isi. Semakin banyak ruang kosong makin banyak petrol meruap, maka minyak cepat habis, duit melayang.

3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Bawa kereta jangan terlalu laju dan tidaklah pelahan. 70 - 90 KM adalah bersesuaian. Makin laju kereta korang bawa, makin banyak minyak korang gunakan. Kalau korang bawa pelahan pulak, minyak akan banyak guna sebab beban kereta.

4. Servis kereta korang.
Enjin yang dirawat akan berfungsi dengan baik dan elok. Korang juga perlu gunakan rawatan petrol untuk mencuci injap minyak supaya tak tersumbat. Penapis minyak kena periksa juga ! tukar dalam 40 000 km sekali.

Servis biar sampai macam ni. Siap tukar tayar lagi !


5. Seminggu sekali periksa tayar.
kalau tayar yang baik, cekaman yang sesuai dalam jarak jauh, minyak pon jimat !

6. Pandu kereta untuk perjalanan jauh sahaja.
Kalau jalanan yang pendek, baik korang guna basikal kalau jalan gelap atau sunyi, dinasihatkan bawa kereta sajalah. Nyawa lagi penting dari duit minyak !

7. kurangkan penghawa digin korang
Bila nak hantar anak pagi2 tu, tak perlulah buka aircone tu. Ali pun sejuk juga ! buka tingkap pon dan sejuk.

8. Kurangkan berat kereta. -.-
Kereta korang obes, jadi keluarkan barang yang tak perlu ada dalam kereta. Contoh macam peti ais, tv plasma 14 inci, tong gas dan lain-lain. Pandai koranglah nak tau barang tu tak perlu dalam kereta atau tak..

sambung ke part 2.



Ali masih tak puas hati dengan movie Malaysia.

Hi Semua.. entri ini dari isi hati Ali nak kongsi pendapat tentang Movie di Malaysia ni. Sekarang dah mula nampak dah dia punya 'GAH' movie melayu. Walaupun dah hebat, tapi Ali tetap suka tengok cerita Inggeris atau Cina daripada Malaysia. Kecuali movie Malaysia yang tertentu yang Ali tengok..

Bila nak beli tiket wayang, Ali mesti pilih cerita Inggeris daripada cerita Melayu, takut rugi tak tentu pasal walaupun tak adalah mahal sangat, 10 ringgit je. Tapi, dengan 10 ringgit tulah Ali membeli 'bosan' sepanjang cerita tu. Serius, Ali pernah tengok 1 cerita seram Malaysia dengan takde riaksi takut langsung. Tak tipu ! Fobia dah taku jadi eksiden macam tu.


Pasal apa ? 
Cerita tu low bajet. Tak nampak real langsung pon. Lainlah cerita Inggeris yang berjuta-juta dolar dorang buat. Cuba tengok cerita 'Final Destination 5' memang nampak seram gila, jambatan runtuhlah apalah dan sebagainya. Sekarang, cerita pasal polis2 pun tak best. Tak setaraf Hawai five-0 dan CSI:Miami.

Ali tahu masalah movie negara kita ni. Marketing kecil je di Malaysia ni. Pasal marketing tu, Ali malas nak tulis. Lari tajuk pula, tak pasal-pasal Ali tulis pasal bisness. -.-

Seafood buatan orang Malaysia, terhangat di Korea, Poland dan Rusia. Tak caya klik sini

Ali tabiklah cerita animasi yang bahasa inggeris tu. Malaysia buat dah macam Ali tak kenal itu air tangan orang sini dah. Terkejut pun dah ada. Nafsu membuak-buak nak tengok cerita ni. Tapi, banyak pulak cerita humor yang best. Dan memang cerita humor dan santai selalu orang Malaysia pilih. Tapi, Ali nak tengok cerita aksi setaraf Hollywood. Come on Pengarah ! aku nak cerita best !

Cerita melayu tak adalah semua yang Ali tak tengok. KL Gengster, Ombak Rindu, Hantu Bonceng layan... Mana boleh tak layan. Adalah segelintir yang tak bestnya..

Melayu malas membaca ? macam mana nak tulis entri dengan orang malas membaca ?

Bila kita duduk di LRT, terlampau sedikit kita tengok orang Malaysia membaca. Tak tahulah kalau di rumah korang. Ali selalu membaca sebelum tidur. Antara buku yang Ali baca Impiana sekarang ni. Tabiat membaca memang tiada dalam orang Malaysia.

Bila exam je, dikaitkan dengan buku tapi itu hanya buku teks, Ali tanya pasal buku bacaan seperti novel dan motivasi. Jadi, Ali mahu cakap, Melayu malas membaca. Selalunya lelakilah yang tak membacanya. hehe. Tak tahulah kaum perempuan macam mana.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ni ? senang saja ! letak gambar yang menarik hati ! Serta HD dan 'Awesome' ! Korang mampu merayu kepada pembaca yang malas membaca untuk membaca blog korang. (banyak betul kata 'baca' tak pening ke?)

WHY ? sebab fitrah manusia memang macam tu. Kalau korang di bagi kan dua kertas. kertas 1 dilukiskan dari budak tadika dan 1 lagi, dilukis gambar cantik dengan citarasa yang tinggi. Mana korang pilih ? Mesti korang pilih kertas nombor 2 kan ?

Ps: Entri ni korang baca habis tak ??



 
Design By AliBasyir