Get Inspired at The DiGi WWWOW Awards

Mahu tiket percuma untuk Event DiGI WWWOW Awards 2012 ? sila baca sampai habis. :)

Sesi Undian untuk DiGi WWWOW Awards sudah selesai. Dan sekarang tiba masa untuk juri yang mengadili semua kategori dan akan memilih TOP 10. Ali mengucap taniah kepada peserta yang dapat TOP 10. Anda memang WWWOW sangat. Congratulations !


DiGi WWWOW Awards 2011
Ali dapat masuk top 6 dalam DiGi WWWOW Awards Under 15. Pemenangnya ialah Hisyam Wazir. Walaupun Ali tak menjadi juara Under 15 tak bermakna Ali tidak ohsem. Ali kena berusaha lagi dan lagi. Itulah pengalaman yang paling berharga sekali.

Perancangan Ali Untuk Cuti Sekolah ni...

Untuk cuti 2 minggu ini, Ali menghabiskan masa dengan ulang kaji mata pelajaran form 1 sampai form 3 dan membaca 3 buku novel bertemakan thriller, bukan novel cinta ok ! Geli kut. -.- Buku yang Ali baca dalam cuti ini ialah Impiana IIImpiana Misteri Terbongkar dan Detik Debar.

Impiana
Anda patut baca buku Impiana ini sebab Ali memang Highly recommend ! Impiana karya Ain Maisarah, ia mengisahkan sebuah Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian dalam masa 3 bulan !

Mahu menjadi kaya,cantik, kurus, putih dan segala impian yang impikan mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Cara mendaftar senang je, pastikan ada RM7000 dan semuanya di hujung jari.

3 bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan. Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu…

Perubahan Diteruskan Pada Blog Ini ! Ohsemkan Lagi Dan Lagi !!!

Melayan lagu Pumped Up Kicks dari Foster The People sambil mengeleng kepala gaya ragae. Ke kiri dan ke kanan. That's my only favorite song while blogging. Tertimbul idea untuk design balik blog ini. Tambah pula. Ali mahu buat blog ini WWWOW lagi ohsem di mata juri.

Selain dari design, Ali mahu buat satu lagi niche iaitu Exam paper yang boleh di dowloand. Untuk budak-budak berumur 18 tahun kebawah 'melepak' di blog ini. Tak salah mencuba benda baru. Berguna kut, Ali pun boleh dowloand kalau mahu....
 
Design By AliBasyir